Connect with us

Hiburan

Azwan Ali ‘jentik’ Datuk Siti pula

Published

on

Dia buat lagi!Kelantangan Azwan Ali berbicara mengenai beberapa orang selebriti kebelakangan ini sememangnya menjadi bualan hangat di media s0sial.

Selepas Dato’ Seri Vida dan Naim Daniel, nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza pula dibangkitkan Azwan Ali apabila dia menulis sesuatu yang kurang sopan terhadap Siti di Twitter miliknya.

Melalui Twitter miliknya yang menggunakan akaun @DivaAATersohor, Azwan Ali mempertikaikan kepulangan awal Dato’ Seri Siti selepas habis persembahan di malam Anugerah Juara Lagu dengan menulis kata-kata yang agak k3sat yang boleh menimbulkan k0ntroversi.

Ketika ditemui di majlis sidang media memohon maaf kepada Dato’ Seri Vida, Azwan Ali menjelaskan tentang Twit yang ditulisnya tersebut.

“Tentang Dato’ Siti ni saya bercakap straight forward tentang her level. Aku mempertikaikan kenapa dia balik cepat.

“Dulu isu bila dia menang, tapi bukan dia, puak-puak dia lah mencaci hina Noraniza Idris bila Noraniza Idris angkut satu batalion balik sebelum result.

“itu zaman Noraniza Idris. kenapa kau mesti kecam dia? So again, ni about fanatik Siti. Dia orang ni yang mengvtuk Noraniza tak boleh terima keputusan, berterabur lari balik,” kata Azwan dalam satu temu bual.

Tambah Azwan, dia menjadikan perkara tersebut sebagai pembalasan kepada (peminat) Siti. Bila kena kat Siti, tak berterabur lari balik ke, atau salahkan mikrofon.

“Siti tahu aku macam manalah, dia tak ada hal pun jumpa aku. Walaupun aku tahu Siti terkilan dengan mulut aku, sebab penyokong-penyokong Sitizoners ni, anak-anak xxxxx! Not my level lah!” kata Azwan lagi. 

Sumber: gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending