Connect with us

Hiburan

Virvs Misteri Diberi Nama Yaravirvs Ditemui Di Tasik Buatan Brazil

Published

on

Awal tahun ini dunia dikejutkan dengan kewujudan koronavirus atau namanya kini Covid-19 yang berasal dari Wuhan, China. Masih pun belum reda dengan virus itu, kini virus misteri yang diberi nama Yaravirus pula ditemui di Tasik buatan di Brazil.

Bukan untuk membuatkan orang ramai cemas, namun menurut saintis 90% genetik virus yang diberikan nama Yaravirus itu tiada dalam pangkalan data mereka.

Yaravirus ini diberikan nama sempena seekor duyung, Yara dalam mitos masyarakat yang menggoda pelaut ke kawasan air dalam.

Lokasi penemuan Yaravirus
Lokasi penemuan Yaravirus

Memetik sumber, virus ini ditemui secara tidak sengaja di lokasi berkenaan di tumbuhan yang dipanggil amoeba pada bulan lalu. Setelah kajian diadakan mengenai virus yang ditemui di Tasik Pampulha ini, ia didapati agak unik kerana 90% gen yang terdapat padanya tidak pernah dilihat sebelum ini.

Menerusi kajian itu juga Yaravirus mempunyai 74 genetik secara keseluruhannya dan hanya 6 daripadanya sahaja yang pernah dijumpai sebelum ini.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

“Ia memperluaskan lagi pengetahuan kami tentang kepelbagaian DNA virus,” kata pasukan pasukan yang diketuai penyelidik Federal University of Minas Gerais di Brazil.

Saintis yang terlibat dengan penemuan dan kajian Yaravirus ini juga berpendapat ia tidak memberikan ancaman kepada manusia. Setakat ini ia hanya boleh dipindahkan antara amoeba sahaja.

Sumber: Dailymail via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending