Emma Maembong tampil buka mulut bngkar detik perkenalan dengan suami. Tak sangka rupanya ini cara suami nak pikat Emma Maembong.

Tahniah buat Emma Maembong apabila sah bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada seorang jejaka pilihan hati bernama, Muhammad Shazli Azhar berusia 32 tahun yang juga merupakan juruterbang di majlis tertutup sebentar tadi.

Majlis berkenaan berlangsung di Bukit Damansara, Emma Maembong kelihatan sangat jelita disaat hari bahagianya apatah lagi mengenakan rekaan busana Ezuwan Ismail. Menerusi Berita Harian, Emma Maembong meluahkan rasa syukurnya apabila segalanya dipermudahkan dan tarikh cantik hari ini, 20.02.2020 menjadi detik membahagiakan dia dan lelaki pilihan hatinya, apabila disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian juga Emma Maembong turut berkongsi detik perkenalan dia dan suami yang dikatakan bersua pertama kali pada 2017 ketika majlis sambutan ulangtahun kelahiran, Uqasha Senrose. Walau bagaimanapun, disaat itu dia dan pasangan hanya berborak kosong sahaja.

Detik perkenalan Emma Maembong & suami

“Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.” “Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing.

Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja. Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.” “Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,”

Dalam pada itu, Emma Maembong akui sikap dan kesungguhan serta keberanian suaminya itu antara yang telah memikat hatinya. selepas dua bulan mengenali, mereka sepakat menghalalkan hubungan mereka. Tahniah sekali lagi diucapkan buat selebriti jelita ini!

Sumber: Berita Harian, Ezuwan Ismail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply