“Allah Dah Tentukan Jodoh Kita” – Zizan Ucap Tahniah Emma Dah Jadi Isteri Pilot

Lebih matang bercerita tentang percintaan, Zizan Razak mengucapkan tahniah serta menitip doa buat bekas kekasihnya, Emma Maembong yang sudah sah menjadi isteri seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32

 

Menurut laporan Harian Metro, pelakon dan pelawak itu mendoakan semoga Emma menjadi isteri terbaik buat suaminya.

“Saya berbesar hati mengucapkan tahniah kepada dia. Dia ada jemput saya untuk hadir, tapi saya beritahu bergantung kepada jadual. Saya tak ada masalah untuk hadir.

“Apa pun, pastikan pasangan itu adalah pasangan yang terbaik untuk dia dan dia juga perlu pastikan menjadi yang terbaik untuk lelaki itu. Saya pun tak kenal siapa pasangannya,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#hliveeksklusif ; Memang sepadan pasangan ini. #hlive doakan semoga @emma_maembongofficial dan Shazli bahagia selamanya! #emmamaembong

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Dalam masa sama, Zizan mengharapkan yang terbaik buat Emma dan kedua-dua belah keluarga pengantin.

Katanya, dia berharap kedua-dua belah keluarga suka dengan perkahwinan mereka.

“Restu keluarga itu penting untuk memastikan rumah tangga itu harmoni.

“Sekarang, saya lebih matang bercerita tentang percintaan. Apa yang berlaku, Allah dah tentukan jodoh kita. Restu keluarga sangat penting. Kalau boleh, kita tak mahu ada ibu bapa kedua-dua belah pihak yang tak restu,” katanya.

 

Kredit foto: IG

Percintaan Zizan dan Emma terkandas pada 2015 selepas dua tahun menjalin hubungan.

Mana tahu, mungkin selepas ini giliran Zizan pula. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply