Lesen motosikal FREE sudah bermula ! Daftar sekarang tarikh tutup 5 Mac, Ini cara mohon!

Cara mohon LMTS percuma? Berita baik buat penduduk atau rakyat negeri Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal dan berkelayakan. Anda berpeluang untuk mendapat lesen tersebut secara percuma. Berikut adalah cara Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera (LMTS) 2020 secara online dan borang manual.

Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal khusus untuk golongan belia ini menerusi pembentangan Bajet 2019. Program ini mensasarkan seramai 25,000 belia serta beliawanis yang berusia dalam lingkungan 16 sehingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada program LMTS 2019 ini. Bantuan ini juga diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penduduk Terengganu.

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019 online

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Percuma Sejahtera 2020 Secara Online & Borang Manual

Seperti bantuan kerajaan yang lain, mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan LMTS 2020 ini hendaklah membuat permohonan bagi melayakkan diri menerima bantuan. Permohonan bagi Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera tahun 2019 boleh dibuat melalui cara di bawah. Maklumat bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

1. Permohonan Atas Talian

Permohonan LMTS boleh dilakukan secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Bantuan Terengganu iDana seperti yang disediakan di bawah:

  • Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020 Online
  • Arahan:
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik butang Semak
  • Tanda pada kotak Lesen B2 dan klik permohonan baru
  • Baca syarat kelayakan dan tandakan pada ruangan pengakuan serta klik butang Setuju
  • Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan klik butang hantar permohonan.

2. Permohonan Menggunakan Borang

Pemohon juga boleh membuat permohonan LMTS dengan mengisi borang secara manual yang boleh didapati di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berdekatan. Borang-borang tersebut perlulah dihantar semula ke Pejabat DUN, MPKK, dan i-MiTS yang berhampiran.

Tarikh Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020 

Permohonan melalui kedua-dua kaedah tersebut boleh dilakukan dalam tarikh yang ditetapkan sahaja seperti di bawah:

  • Tarikh Buka : 20 Februari 2020
  • Tarikh Tutup : 5 Mac 2020

Penerima yang layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan dalam bentuk baucar. Baucar tersebut hendaklah dibawa ke Institut Latihan Memandu dan seterusnya menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus dan berjaya mendapat lesen motosikal B2.

Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020 

Berikut adalah syarat kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019 buat rujukan pemohon :-

Lesen Motor Terengganu Sejahtera (LMTS)

1.

Permohonan MESTI diisi melalui ATAS TALIAN (ONLINE) menerusi p4utan idana.terengganu.gov.my atau MANUAL.

2.

Peserta program MESTI berumur 16 tahun 1 hari (cukup bulan) hingga 40 tahun dan program ini untuk Lesen Motosikal (B2) sahaja semasa tarikh permohonan atau pada 11 Mac 2020 jam 23.59 malam.

3.

Program ini terbuka kepada mereka yang berstatus bujang mahupun telah berk4hwin.

4.

Peserta mestilah Anak Jati Negeri Terengganu atau individu yang bermastautin lebih 10 tahun (pengesahan MPKK diperlukan).

5.

Program untuk peserta kali pertama SAHAJA dan bukannya untuk program susulan atau telah gagal menyertai program tahun sebelum atau mengikuti secara pensendirian dan permohonan yang tahun 2019 namun tidak ditawarkan PERLU mengisi kembali borang.

6.

Pendapatan peserta yang berkerjaya MESTI tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan berdasarkan gaji pokok.

7.

Latihan atau kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) dalam negeri SAHAJA dan peserta perlu menghadirkan diri di tempat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

8.

Borang permohanan perlu dicetak dan diserahkan kepada MPKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut:

i) Kad Pengenalan Pemohon

ii) Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (mana-mana yang berkaitan) atau

iii) Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim.

  *Pengisian borang tidak l3ngkap atau dokumen tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan terbatal dengan sendiri.

9.

Pemohon mestilah menjelaskan terlebih dahulu saman JPJ dan POLIS serta Kes Mahkamah sebelum memohon menyertai program ini. Senarai tersebut boleh dilihat di portal rasmi JPJ dan PDRM.

10.

Kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri adalah kos membuat lesen, MYeG, SST dan insurans SAHAJA tidak termasuk kos yang dikenakan oleh Institut Memandu(IM) kepada peserta seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
  *Kerajaan negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.

 

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera

Semua pemohon yang telah membuat permohonan LMTS 2020, boleh melayari laman web i-dana untuk menyemak status kelayakan permohonan bermula pada tarikh yang akan dikemaskini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:

  • Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
  • Telefon : 09-623 1957
  • Faksimili : 09-625 1990
  • Emel : webmastersuk@terengganu.gov.my

Diucapkan selamat maju jaya bagi pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan para pemohon untuk mengetahui lebih lanjut proses permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera bagi tahun 2020.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber: Permohonan.my, Maukerja

Be the first to comment

Leave a Reply