Connect with us

Hiburan

“Kalau Tengok Orang Beratur Beli Makanan Mur4h, Percuma Jangan Hlna…” –  Teguran Fedtri Yahya Ni Memang Padu!

Published

on

 

Pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya, menerusi laman s0sial Instagram (IG)nya menegur segelintir individu yang suka memandang rendah orang lain.

Walaupun Fedtri menulis status secara umum dan tidak membabitkan mana-mana pihak, namun rata-rata netizen mengaitkannya dengan promosi syarikat makanan segera popular yang berlangsung semalam.

Fedtri berkata, jangan pandang rendah atau menghina orang yang sanggup beratur panjang untuk membeli makanan murah atau percuma.

Adalah lebih baik sekiranya bers4ngka baik daripada mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya dan menuduh mereka (orang yang beratur) itu sebagai s3ngkek, pel4hap atau h4dap.

“Saja nak cakap. Kalau tengok orang beratur untuk beli makanan murah, percuma dan sewaktu dengannya… Jangan pandang rendah atau menghlna ya!!!

“Bagaimana boleh terfikir perkataan ‘kebvlur’, ‘l4hap’, ‘s3ngkek’, ‘hadap sangat’ dan pelbagai perkataan j3lik.

“Ada orang yang memang berjuang nak suap insan-insan di rumah. Ada yang mencatu makanan. Ada yang meminjam… asalkan perut anak-anak terisi. Kalau kaya sangat, buat diam sajalah. Tak perlu berkata sesuatu yang meny4kitkan hati,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya menyokong apa yang diperkatakan Fedtri, malah berterima kasih kepada syarikat makanan segera tersebut kerana mengadakan pr0mosi sedemikian.

Kata mereka, disebabkan promosi sedemikian mungkin ada individu yang sebelum ini tidak dapat menikmati makanan tersebut, boleh menggembirakan hati orang lain.

 

Semalam tular di laman s0sial foto orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan harga promosi di restoran makanan segera KFC.

Sempena tarikh istimewa 20.02.2020 KFC menawarkan promosi dua set snack plate pada harga RM20 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Promosi istimewa tersebut menyebabkan orang ramai menyerbu restoran makanan segera tersebut sejak awal pagi semalam.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending