Connect with us

Hiburan

Peguam Syarie Jel4skan Hut4ng Si M4ti Perlu Dilangsaikan Sebelum H4rta Difaraidkan

Published

on

Pelbagai kisah berkenaan dengan pembahagian h4rta terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. Ianya bagaikan seolah-olah telah menjadi fitr4h manusia bila bercakap soal duit dan harta, semua menjadi gelap mata serta tidak boleh berfikir secara w4ras.

Masih ramai lagi yang tidak faham dengan cara, hak serta pembahagian harta yang ditinggalkan simati secara betul. Justeru daripada itu, timbul pergaduhan diantara ahli keluarga.

Seorang peguam syarie bernama Fahmi Ramli ini berkata, sebelum harta sim4ti dibahagikan, harta itu perlu digunakan terlebih dahulu untuk menjelaskan segala hut4ng piutang simati.

Beliau ada menjelaskan tentang pembahagian harta serta perkara berkenaan harta sepencarian. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Bila seseorang itu menlnggal dunla, perkara pertama yang perlu dibuat sebelum dibah4gikan h4rta yang ditinggalkan sim4ti adalah Menjelaskan Semua Hutang Sim4ti.

Perkara ini termasuklah dengan Harta Sepencarian sim4ti dengan isterinya. Harta sepencarian mesti diselesaikan dahulu sebelum menunaikan w4siat sim4ti kalau ada. Selepas semua itu selesai, barulah perlu difikirkan tentang faraid.

Apa itu Harta Sepencarian?

Gambar: Google

H4rta yang dimiliki oleh suami atau isteri semasa dalam tempoh perkahwinan. Ada 3 jenis harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian iaitu Harta Alih, Harta Tak Alih dan Harta Intelek.

Siapa yang boleh tuntut Harta Sepencarian?

Isteri boleh tuntut h4rta suaminya, suami juga boleh tuntut harta isterinya. Bergantung pada syarat tertentu mengikut undang-undang.

Apa keadaan yang boleh tuntut?

Kalau suami menlnggal dunia, isteri berhak untuk menuntut harta yang dimiliki dalam tempoh kahwin dengan menamakan ahli-ahli waris lain sebagai pihak lawan.

Kalau suami berp0ligami, juga melayakkan isteri untuk menuntut h4rta sepencariannya.

Kalau suami dan isteri berc3rai, maka harta sepencarian juga boleh dituntut pada selepas c3rai tersebut.

Mengapa Harta Sepencarian perlu selesai dahulu?

Harta tersebut mesti diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah dahulu sebelum f4raid kerana disitu ada terletak hak kepada isteri dan sebagai pelindung kepada nasib isteri dan anak dibawah jagaan isteri jika kem4tian suami khasnya.

Isu ini akan lebih teruk kalau simati meningg4lkan anak perempuan sahaja atau anak yang masih kecil dan tak mampu nak uruskan apa-apa. Sebab itu, harta sepencarian ini boleh jadi pelindung hak yang patut diterima oleh bekas isteri khasnya.

Adakah terdapat apa-apa halangan kalau nak tuntut Harta Sepencarian bagi seorang isteri?

Gambar: Google

Tidak ada selagimana harta tersebut dimiliki dalam tempoh perkahwinan tersebut dan tidak ada isteri-isteri yang lain nak claim harta yang sama. Apa yang perlu dibuktikan adalah sumbangan isteri tersebut untuk pemilikan harta tersebut.

Kalau harta masih dalam hutang, boleh ke?

Gambar: Google

Boleh tuntut dan selalunya Mahkamah akan perintahkan untuk harta tersebut dijual dan dibahagikan mengikut kadar sepencarian yang diputuskan oleh Mahkamah.

Secara professionalnya, saya melihat, kes harta tinggalan sim4ti pada waris-warisnya perlu diselesaikan dengan h4rta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.

Pada saya, tak ada masalah bagi balu sim4ti untuk buat urusan tersebut di Mahkamah demi hak dan memelihara nasib anak yang ditingg4lkan. Mesti ada penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan. Apa yang saya nampak, yang terbaik adalah, selesaikan dahulu harta sepencarian sebelum berbincang tentang faraid.

Harta Sepencarian adalah hak isteri yang tak boleh disangkal.

Sumber: Fahmi Ramli via Siakapkeli

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending