Connect with us

Hiburan

Pem3rglan rakan industri s3ni pada usla muda j3ntik kelnsafan… Rizalman umum bers4ra – “Saya mahu p3rgi dalam keadaan bers3dia”

Published

on

Saat Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan pers4raannya daripada industri fesyen pada malam Khamis, ramai seakan-akan tidak percaya dengan keputusan meng3jut itu.

Mana tidaknya, pereka fesyen terkenal itu sudah hampir 30 tahun menghambakan diri dalam keclntaannya terhadap fesyen malah telah berjaya menjadikan jenamanya antara yang berpengaruh di Malaysia.

Menganggap sudah sampai masanya dia berbuat demikian, Rizalman, 49, bagaimanapun meng4kui ia adalah keputusan yang suk4r dilakukannya.

Pengumuman meng3jut itu dibuat sendiri Rizalman ketika Konsert Kesuma Jiwa yang turut menampilkan penyanyi Dayang Nurfaizah di Panggung Sari, Istana Budaya.

Rizalman seb4k ketika mengumumkan pers4raannya daripada dunia fesyen. 

Dari Wan Zaleha Radzi ke Raja Permaisuri Agong

Sepanjang kariernya, Rizalman sudah menghasilkan ribvan busana untuk pelanggannya termasuk golongan selebriti seperti Wan Zaleha Radzi, Zakiah Anas, Fauziah Ahmad Daud, Zarina Zainuddin, Dayang Nurfaizah, Neelofa, Izara Aishah, Azrinaz Mazhar Hakim, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.

Malah siapa boleh lupa, air tangan pereka ternama ini yang mereka busana penyanyi Ziana Zain yang tampil anggun pada majlis perkahwinannya pada 1998.

Namun ramai tidak mengetahui sejak 15 tahun lalu, beliau juga adalah ‘tuk4ng jahit’ kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Al- Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj.

Paling istim3wa, beliau diberi t4nggungjawab dan kepercayaan untuk mereka busana ketika pertab4lan kedua-dua baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16, Januari tahun lalu.

Ia adalah kemuncak kerjayanya sebagai pereka fesyen di sebalik ribvan kejayaan lain pernah dikecapi anak kelahiran Pulau Pinang ini.

Izara Aishah dan Dayang Nurfaizah sering bekerjasama dengan Rizalman. 

Gaji RM350, naik bas hantar baju pelanggan

Namun sebelum itu semua berlaku, Rizalman sebenarnya melalui pelbagai c4baran di awal pembabitannya sebagai pereka f3syen malah pernah memikul beg besar menaiki bas bagi menghantar pakaian yang sudah siap kepada pelanggan.

Pendek kata, Rizalman sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan beliau dapat menggembirakan pelanggan serta mengembangkan kerjayanya ketika itu.

Beliau juga pernah bekerja sebagai tukang jahit butang dan cangkuk di sebuah butik di Kuala Lumpur dengan gaji sebanyak RM350 sejurus menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1993.

Bagaimanapun enam bulan bekerja di butik itu, Rizalman tersedar itu bukanlah apa yang dia mahu dilakukan sehingga mengambil keputusan untuk bergerak sendiri.

Memilih bergerak atas tiket freelance, Rizalman sedar tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan dia benar-benar berusaha memperkenalkan dirinya menerusi rekaannya.

Keakraban Rizalman dan Raja Permaisuri Agong bukan satu r4hsia.

Bertitik tolak daripada itu, Rizalman mula bermain dengan kreativiti dalam rekaannya termasuklah memperkenalkan silhouette pada kebaya dan baju kurung.

Tidak ketingg4lan Rizalman dikenali kerana merevolusikan baju kurung yang diolah pelbagai bentuk sesuai dengan citarasa dan pergerakan fesyen ketika itu.

Menyedari mula mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen, beliau melancarkan jenama ‘Rizalman Ibrahim’ pada 1995 yang mengubah keseluruhan hidupnya sejak itu.

Umar, Aali ubah Rizalman

Umum mengetahui Rizalman mempunyai dua anak angkat iaitu Umar Nail dan Aali Nail yang kehadiran mereka banyak mengubah kehidupan beliau.

Kehadiran anak-anak dalam hidupnya banyak mengubah prespektifnya terhadap kehidupan malah Rizalman dalam satu temubual memberitahu Umar dan Aali adalah sebahagian jihadnya kepada Allah.

Umar dan Aali adalah kebahagiaan Rizalman.

Kini fokusnya banyak kepada membesarkan anak-anaknya yang diamanahkan Allah sebaik mungkin selain mahu memfokuskan kepada aktiviti ke4gamaan sebagai persediaan untuk menghadap Yang Maha Esa di hari kemudian.

Itu juga mendorong ikon fesyen itu memutuskan untuk bersara daripada dunia fesyen selain berita pem3rgian rakan-rakan industri seni pada usia muda turut menjentik kelnsafan dalam dirinya.

“Saya takut tidak bersedia apabila dij3mput oleh Allah… Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia. Pers4raan ini juga adalah sebagai pelan untuk menghadapi hari kemudian,” katanya.

Apa pun, itu tidak bererti jenama Rizalman Ibrahim akan terus terkvbur sebaliknya empayar kebangaannya itu akan diterajui oleh pembantunya, Faizul Surani yang menjadi tulang belakangnya sejak 15 tahun lalu.

Meskipun sudah tidak lagi bergelar pereka fesyen, beliau akan terus memberi tumpuan kepada cabang lain termasuk jenama rekaan dalaman miliknya, Glam Casa, Glam Reka dan The RI Maison by Rizalman selain kosmetik dan kecantikan.

Emp4yar Rizalman Ibrahim akan diteruskan oleh pembantunya, Faizul Surani.

Menarik tentang Datuk Rizalman Ibrahim:

1. Rizalman dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 28 Oktober 1971.

2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

3. Anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.

4. Memperkenalkan wataknya sebagai ‘Cikgu Murni’ bagi mempr0mosikan produk di Instagram miliknya yang mempunyai hampir 800,000 pengikut.

5. Selain ‘Rizalman Ibrahim’, Rizalman turut mempunyai beberapa jenama di bawah namanya seperti Glam Casa, Glam Reka, Glam Weddings dan The RI Maison by Rizalman.

6. Sepanjang karier pernah menerima anugerah Mercedes-Benz Asian Fashion Award di Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia 2004 (MIFA 2004), Style Star of The Year Award 2008 dan Mercedez Benz Stylo Award.

7. Dianugerahkan dengan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gel4ran ‘Datuk’ pada 24 Oktober 2016.

8. Pernah mempunyai program dokumentari sendiri berjudul Rizalman yang ditayangkan menerusi saluran Life Inspired pada 2017.

9. ‘Tukang Jahit’ kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Al- Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj.

10. Rizalman mencipta sej4rah apabila tiket Konsert Kesuma Jiwa di Istana Budaya yang dibuka untuk dijual pada Oktober tahun lalu habis terjual dalam tempoh 15 minit.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mStar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending