”Ramai Kngsi Gambar Kahwin, Kitorang Pun Nak”, Sufian Suhaimi K0ngsi Gambar Kahwin Buat Ramai Terkeejut

 

KUALA LUMPUR: Julai tahun lalu, kemunculan Sufian Suhaimi pada majlis keraian anjuran pelakon Jasmine Suraya mencetuskan spekulasi apakah mereka menjalin hubungan istimewa.

Apatah lagi, Sufian mengaku jatuh hati dengan Jasmine yang dianggap ‘crush’, suatu ketika dahulu.

Bagai plot drama, terbaru, mereka digandingkan lagi dalam video muzik single terbaru Sufian berjudul Janji pula.

Tambah hangat, mereka mengenakan busana perkahwinan dalam klip video itu. Apakah Sufian dan Jasmine benar-benar bercinta?

Diajukan soalan itu, Sufian ketawa besar.

“Nampaknya, saya dan cerita kahwin bagai berpisah tiada. Untuk projek terbaru ini, semuanya atas dasar kerja. Tuksedo yang dipakai dalam klip video ini adalah persalinan lama yang saya pakai dalam banyak acara.

“Cuma untuk menghidupkan jalan cerita, tuksedo itu digayakan ala busana perkahwinan dalam video muzik itu,” katanya

Mengenai pemilihan Jasmine sebagai pelakon dalam klip video berkenaan, Sufian berkata, itu adalah pilihan pengarah video, Elfie Nazari dari syarikat produksi Voxscape.

“Bukan saya yang pilih Jasmine… Itu kehendak pengarah. Saya bersetuju apabila Jasmine dicadangkan. Lagipun kami sudah kenal dan masing-masing selesa,” katanya sambil menambah penggambaran video muzik itu dilakukan di Hulu Langat dan Cheras.

Bercerita lanjut mengenai single baharunya itu, Janji dicipta Ikhwan Fatanna dengan lirik dihasilkan Wan Salleh.

“Lagu itu antara lain berkisar cerita jejaka yang sukakan seorang gadis, namun, wanita itu dimiliki orang lain,” katanya.

Sumber:BH Online

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply