Connect with us

Hiburan

Ustaz Kazim Elias Ulas Isu Buka hijab. Tak sangka ini respon win dari Datuk A Aida buat warganet tergamam.

Published

on

Nak jadi diri sendiri, belum bersedia, seruan hidayah belum sampai.” Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung. Dalam ceramah perdana ‘Taub4t Seorang Pend0sa’ di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada malam Sabtu lalu, Datuk Ustaz Kazim Elias bagaimanapun berkata, golongan terbabit sebenarnya sudah mendapat hidayah ketika mereka memilih untuk ‘menutup rambut’.

Jelasnya, tindakan mereka itu secara tidak langsung sudah menolak hidayah Allah. “Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, keriting sini. Datang keinsafan dan balik dari umrah, cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang… saya bertaub4t.

“Lepas pakai tudung, tak ada job. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang.  “Akhirnya, dia buka tudung. Dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap. Nanti Allah ganti kut (perkara) lain,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam masa sama, Ustaz Kazim memberi contoh seorang artis yang menanggalkan tudung selepas berpisah dengan alasan tidak mahu hip0krit kerana dulu, suami yang suruh bertudung. “(Dia jawab) Saya tak nak hip0krit saya nak jadi diri saya sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hip0krit.

“I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, Memang berd0sa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat I doakan agar I dapat hidayah,” katanya sekadar mengambil contoh. Malah, Ustaz Kazim menyifatkan tindakan golongan ini meminta peminat mendoakan agar diberi hidayah selepas menaggalkan tudung sebagai tindakan pelik.

“Allah dah bagi hidayah depan pintu… Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun skit,” katanya. Mengakui kata-kata itu ditujukan buatnya, penerbit drama Datuk A Aida bagaimanapun tidak terasa hati memandangkan isi penyampaian itu adalah perkara yang baik.

“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya.

Semoga dengan mendengar ceramah ini, pintu hidayah dibuka kembali buat Aida dan rakan-rakan. – CARI

Terdahulu: A Aida ‘reject’ tujuh lelaki sebab tak sado

PENERBIT terkenal, Datuk A Aida mengakui dipikat tujuh lelaki sejak kemunculannya pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) baru-baru ini dengan penampilan baharu tanpa hijab.

A Aida bagaimanapun berkata, dia menolak kesemua lelaki itu disebabkan tidak memiliki kriteria bertubuh sasa seperti diinginkan.

“Selepas AJL34 baru-baru ini, ada tujuh lelaki nak mencuba nasib. Saya cakap, ‘tidak’. Saya nak lelaki yang bertvbuh sasa dan ada ‘six pack’. Jadi, kalau mereka nak dekati saya, pergi ‘betulkan’ perut dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tindakannya membuka tudung, A Aida mengakui ia perbuatan yang berd0sa.

“Saya tahu, saya berd0sa kerana membuka hijab, tapi saya selesa. Dulu, saya pakai tudung kerana taat kepada suami. Bila dah tak bersama, saya ambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

“Saya mula membuka hijab sejak penghujung tahun lalu ketika saya berada di Maldives. Apa pun, doakan yang terbaik kerana semua mahukan yang terbaik,” katanya.

Mengenai perubahan wajah dan bentuk badannya, Aida memaklumkan itu adalah kesan positif daripada kerja kerasnya menjalani senaman di gimnasium.

“Saya ada jurulatih peribadi yang melatih di gimnasium. Dalam seminggu, tiga kali saya akan ke gimnasium dan kerja keras selama tiga tahun menampakkan hasil apabila bentuk wajah saya berubah runcing.

“Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan sihat antaranya pengambilan stem cell, sarang burung dan juga mengamalkan diet telur rebus,” katanya.

A Aida kini dalam rangka mempromosikan filem terbaru terbitan syarikatnya, Ratu Kala Jengking: Puteri Kubur yang bakal menemui penonton 27 Februari ini.

Kredit: hmetro/ sinarviral

Sumber : Transfomasi.host

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending