Connect with us

Hiburan

Instagram Isteri Digod4m! Pencvri Mahu RM30 Ribu Dari Ali Puteh

Published

on

Selepas akaun Instagram Ali Puteh digodam, kini akaun Instagram milik isterinya, Melati Fitri Abdullah pula menjadi mangsa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Redha Dengan Ujian 

Perkongsian itu dibuat Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi sebuah posting di akaun terbaharu miliknya.

 

Menurut pelawak itu, biarpun diuji sedemikian dia dan isteri redha dengan ketentuan tersebut selain menitipkan rasa syukur. Difahamkan selepas insiden perselisihan faham yang terjadi dalam keluarga mereka, Melati turut menjadi mangsa kecaman netizen.

“Dengki khianat orang pada kami, Alhamdulillah,” tulis Ali.

Mahu RM30 Ribu

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dengki khianat org pada kami.. alhamdulillah

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on

Dalam posting susulan, dedah Ali pencuri akaun tersebut telah memintanya untuk membayar wang tunai sebanyak RM30 ribu sekiranya Ali menginginkan semula akaun Instagram nya sebelum ini. Biarpun begitu, Ali menolak permintaan tersebut selain mendoakan pencuri tersebut agar segera bertaubat.

Sebagai info, Ali telah berkahwin dengan Melati sekitar tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, namun cahaya mata kedua mereka meninggal dunia November tahun lalu selepas tiga bulan dilahirkan akibat masalah jantung. Kini, Melati sedang hamil enam minggu anak ketiga mereka

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Murai.my

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending