Pengantin cipta sejarah nlkah gaya Covid-19, gervn sikit tok kadi siap ketuk pagar… yang penting Sabrina s4h bergelar isteri!

PENANGAN Covid-19, upacara akad nikah pun terpaksa dijalankan dalam keadaan luar biasa yang tidak pernah terfikir dek akal.

Terbaharu, tular di Facebook rakaman ij4b kabul pasangan pengantin yang terpaksa dilakukan di pagar rumah sahaja.

Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 Mac lalu termasuk saranan kerajaan agar masyarakat di Malaysia menjaga jarak sosial bagi membendung penularan wabak itu.

Vid3o berdurasi satu minit 12 saat yang dikongsi menerusi Facebook Norman Herbs itu sehingga kini menerima lebih 700,000 tontonan sejak dimuat naik pada Jumaat petang.

“Nikah Covid-19,” tulis pengendali Facebook itu pada kapsyen sehingga posting berkenaan dikongsi lebih 29,000 pelayar Facebook.

Dalam rakaman berkenaan, tok kadi berada dalam pagar sebuah kediaman, manakala pengantin dan s4ksi berada di hadapan pagar, dalam jarak yang agak jauh antara satu sama lain.

Posting yang tular di Facebook.

Turut kelihatan seorang wanita sedang membuat rakaman menggunakan telefon, dipercayai keluarga pengantin.

Lebih menarik perhatian apabila tok kadi turut mengetuk pagar besi kediaman berkenaan sejurus selesai ijab kabul sebelum bertanyakan ‘sah’ kepada saksi.

Pengantin lelaki juga membaca lafaz taklik sambil berdiri, dis4ksikan isteri serta beberapa individu lain juga dalam keadaan berdiri.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Banyak majlis kahwin terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19. Foto: @lensacinta.photography.

Selain terhibur, ada juga yang simpati dengan nasib pengantin kerana terpaksa berkahwin dalam keadaan sebegitu gara-gara Covid-19.

“Nampak macam kelakar. Tapi bagus sebab diaorang still ada rasa tanggungjawab.

“Kenangan… rare nikah. Semoga dipermudahkan urusan pengantin tersebut.

“Islam itu mudah tengok cara tok kadi handle pun memang terbaik,” tulis seorang netizen.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply