Connect with us

Hiburan

Abang Cupcake Aisyah Positif C0VID-19, Adik Neelofa Pun Dalam Pesawat Sama

Published

on

Abang kepada personaliti media sosial Cupcake Aisyah, Hakim Razip disahkan positif C0vid-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hang in there, bud x

A post shared by stargirl (@cupcake_aisyah) on

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Aisyah menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.

“Hari ini abang saya telah disahkan positif C0vid-19. Semoga kita semua dilindungi Allah,” tulisnya pada Selasa.

Justeru dia sekeluarga turut sama perlu menjalani ujian saring4n C0vid-19 dan masih menunggu keputusan tersebut.

Malah, selebriti muda itu turut berpesan kepada penumpang pesawat Emirates penerbangan dari London ke Kuala Lumpur pada 17 Mac lalu untuk menjalani ujian sama.

Turut sama dalam pesawat berkenaan ialah adik kepada pengacara popular Neelofa, Athisha Khan yang bertemu ketika transit di Dubai untuk ke Kuala Lumpur.

“Seorang individu telah disahkan positif C0vid-19 dalam penerbangan yang mana saya pun berada sama.

“Saya bertolak dari Birmingham dan dia dari London (saya tidak pasti dari mana pesawat sebelum transit memandangkan saya tidak dari London).

“Jadi, sebelum transit di Dubai, kami berada dalam pesawat berasingan.

“Jika anda berada dalam pesawat sama sila jalani ujian. Kalau tak faham boleh bertanya saya lagi.

“Mungkin sedikit keliru kerana saya sendiri pun masih terkejut,” kata Athisha.

Athisha turut menjalani ujian C0vid-19 dan sudah memperoleh keputusannya beberapa hari lalu.

“Dah dapat dan negatif tetapi ada yang mengatakan ia tidak semestinya tepat kalau ujian itu terlalu cepat. Tetapi doktor saya cakap macam tak perlu ujian lagi,” tambah Athisha.

Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0vid-19!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending