“Dahla cantik, baik hati…”- Intan Najuwa bantu 50 keluarga dengan sumbangan barang & duit

Siapa saja yang tidak mengenali dengan pelakon muda dan jelita ini, Intan Najuwa dimana dia kini menjadi salah seorang selebriti yang sering mendapat perhatian ramai.

Lakonan pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini di kaca televisyen juga mendapat respon baik penonton, menerusi laman Instagram juga Intan Najuwa mempunyai peminat dan pengikut yang jumlahnya sudah mencecah lebih satu juta.

Intan Najuwa terima pujian ramai

Walau bagaimanapun terbaru, Intan Najuwa mendapat pujian ramai apabila dia turut menjadi salah seorang selebriti yang bersama membantu menghulurkan bantuan buat yang memerlukan.

Intan Najuwa mengambil k3sempatan itu dengan memuat naik status bagi mencari sesiapa yang memerlukan bantuan untuk ‘dm’ dirinya.

Dengan keadaan sekarang dimana tidak kira sesiapa perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan duduk dirumah bagi mengelak penularan wabak C0vid-19, pastinya ramai mengetahui bahawa ada yang terk3san apatah lagi buat yang mencari rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Oleh sebab itu jugalah, Intan Najuwa turut mahu membantu bagi yang memerlukan itu untuk diberikan barang keperluan harian.

Sementara itu, Intan Najuwa juga memuat naik rakaman video bahawa dia telahpun membantu 50 keluarga dengan memberikan bantuan dalam bentuk barang keperluan asas dan wang.

Intan Najuwa juga meminta maaf kerana tidak dapat menyampaikan bantuan itu dengan sendiri kerana dia juga menjalani kuarantin.

Di ruangan komen, rata-rata memuji usaha baik Intan Najuwa bantu keluarga yang memerlukan itu selain turut mendoakan buat dirinya juga.

Intan Najuwa bantu keluarga yang memerlukan dipuji








Sumber: Instagram Intan Najuwa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: hcl

Be the first to comment

Leave a Reply