“Nampak style dan berani” – Bosan sangat, pegawai bank ‘kerjakan’ kain batik mak… ada pula yang berkenan sampai nak merlsik

ADALAH sesuatu yang normal apabila lelaki memakai kain pelikat, betul kan?

Tapi bagaimana pula jika lelaki memakai kain batik? Pasti kelihatan sedikit janggal.

Namun tidak bagi pemuda ini apabila dia langsung tidak segan menyarung kain batik, malah siap memuatnaik gambarnya di laman sosial.

Bezanya kain batik berkenaan tidak digayakan sebagai kain sarung sebaliknya dijahit untuk dijadikan seluar tidur.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Firdaus Amin berkata idea menjahit ‘seluar kain batik’ berkenaan tercetus gara-gara kebosanan menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.

“Sebenarnya dah ada juga orang jahit kain batik jadi seluar. Tapi mungkin jarang-jarang kita lihat. Tak sangka pula gambar yang saya post tu boleh blow up sebab saja je nak share.

“Siap ada yang komen ucapkan terima kasih sebab beri idea dan beritahu terinspirasi nak buat benda yang sama. Ada juga komen bertanya ada tak ambil tempahan.

“Paling lucu, siap ada yang komen beritahu nak masuk merisik. Tapi saya tahu itu hanya gurauan. Saya pun balas untuk bergurau sahaja,” ujar pemuda berusia 26 tahun ini.

Posting Firdaus menjadi tular gara-gara memakai seluar kain batik yang dijahitnya sendiri.

Sehingga kini perk0ngsiannya mengenai seluar batik itu meraih 9,400 retweet dan 21,200 likes.

Menurut Firdaus yang juga seorang pegawai di sebuah bank, dia tidak mempunyai masalah untuk menjahit pakaian yang mudah kerana mempunyai sedikit asas dalam bidang jahitan.

Bagi saya, tak ada salahnya lelaki pakai seluar kain batik. Nampak style dan berani.

“Ibu saya tukang jahit dan selalu mendapat tempahan. Sekarang tidak lagi sebab dah tak larat. Saya selalu perhati ibu menjahit dan belajar dari situ.

“Lagipun dulu tinggal di asrama, sedikit sebanyak dapat praktikkan kerana kena berdikari sebab tinggal jauh daripada keluarga. Bagi saya, tak ada salahnya lelaki pakai seluar kain batik. Nampak style dan berani,” katanya yang kini bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP.

Ketika ditanya sama ada dirinya mempunyai kemahiran lain, Firdaus berkata dia berkebolehan menulis tulisan khat yang dipelajari sewaktu menuntut di sekolah menengah.

Tulisan khat yang dihasilkan Firdaus.

“Saya minat lihat tulisan khat di dinding masjid, di buku dan di mana-mana saja. Disebabkan itu saya masuk kelab khat dan pernah menyertai pertandingan di peringkat sekolah serta negeri. Ada juga kawan-kawan di tempat kerja nampak tulisan yang saya suka-suka buat, dan mereka minta tolong buatkan,” ujarnya lagi.

Berkongsi aktiviti lain yang dilakukan bagi mengisi masa sepanjang menjalani tempoh PKP, pemuda ini berkata secara tidak langsung dia kini semakin rajin ke dapur.

Firdaus mengakui rajin ke dapur sejak duduk di rumah sepanjang tempoh PKP.

“Saya tinggal menyewa dengan rakan-rakan. Selalu sebelum ini balik kerja tak adanya nak memasak. Tapi memandangkan sekarang asyik terperap saja, saya pun cubalah beli barang dan masak, daripada biar kepala ‘jammed’.

“Jadi saya beli barang, kemudian buka Youtube dan tiba-tiba boleh pula masak sup ayam… sambal ikan patin, sambal telur. Hidangan ringkas tapi okaylah untuk orang bujang macam saya.

“Jadi bagi golongan lelaki yang ada masa di rumah, masa inilah boleh develop skill masing-masing. Tapi biasanya lelaki suka work out dan main game. Tapi tak perlu hadap selalu, kalau boleh buatlah perkara yang mendatangkan hasil,” ujarnya. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply