Frontliners merupakan anggota penting dalam berdepan dengan w4bak Covid-19 yang kini dihadapi oleh seluruh dunia.
Terbaru seorang jururawat membuat keputusan meletak jawatan kerana tidak diberi perlindungan dalam kejadian di Thanessee, Amerika Syarikat, lapor Awani
Brandi Rahmanian seorang petugas di hospital berkenaan berkata hospital tersebut telah mengikut garis panduan yang diberi oleh Pusat Kawalan Berjangkit (CDC), bagaimanapun petugas tidak diberikan face mask waktu merawat pesakit Covid-19.
“Saya dimaklumkan kami mempunyai bekalan topeng yang cukup tetapi berkemungkinan bekalan akan habis tidak lama lagi. – Brandi Rahmanian.
Kerisauan muncul apabila petugas diminta merawat pesakit positif Covid-19 tanpa kelengkapan alat pelindung.
Rintihan Jururawat di Chicago
Kes yang serupa berlaku di Chicago seorang jururawat, Imaris Vera meletak jawatan selepas di halang untuk memakai face mask yang dibawanya sendiri.
Pentadbir hospital menghalangnya memakai face mask kerana isu kekurangan alat perlindungan di dalam hospital tempat dia bekerja.
Leave a Reply