Terkejut Budak Lelaki Merayu Nak Duduk Serumah? Ini respon padu Anju

 

Nama pelakon Zarina Anjoulie yang menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah dan suka menunjuk-nunjuk namun tetap merayu bantuan kerajaan, kini seakan menjadi idola kepada netizen.

Ini kerana Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju tampil bersuara tepat pada masanya ketika keadaan tengah ‘panas’, ketika netizen sedang menghent4m artis-artis yang bersuara tentang ‘bantuan khusus’.

Malah dilaporkan pihak SENIMAN telah membuat laporan polis terhadap Zarina kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasvtan.

Tidak berdiam diri, Zarina telah mempertahankan dirinya bukan punca kepada netizen mengec4m artis terlibat dan tidak memetik nama sesiapa dalam video tersebut.

Dalam masa sama, meskipun ramai pihak yang cuba menjatuhkannya, Zarina tetap juga meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Terkesan dengan masalah kewangan beberapa pihak yang berlaku ketika tempoh PKP ini, Zarina dilihat telah menjalankan beberapa misi bantuannya sendiri.

Menggunakan hasil pendapatan yang diperolehi daripada membuat IG review dan beberapa lagi sumbangan yang disalurkan, Zarina dan ahli keluarga telah membeli barangan dapur dan diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

” Guys sabar jap sebelum aku buat d0sa harini aku nk Buat pahala dulu kahkahlah… aku settlekan makanan derma ni dulu sampai umah aku terus buat video”

” Hasil duit review n donation korang. Ini bukti duit korang pergi mana attach dgn resit tq so much for your kind support . im not done esok nk beli ayam ikan sayur !

Rata-rata netizen menyokong usaha Anju yang dilihat sepatutnya menjadi contoh buat artis lain membantu masyarakat.

Tidak ketinggalan juga, dalam kesibukan beliau mahu membantu orang ramai yang betul-betul memerlukan bantuan, ada individu yang mahu mengambil kesempatan.

Menurut Zarina, ada yang menghantar mesej DM untuk meminta duit bagi tujuan peribadi. Namun Zarina menjelaskan dia tidak dapat berbuat demikian kerana risau dit1ipu oleh scamm3r.

Budak form 3 nak duduk serumah

Malah paling mengejutkan, seorang remaja lelaku mengaku berusia 15 tahun telah menghantar mesej mahu tinggal di rumah Zarina.

” Hai Zarina, saya Rusyaidi form 3. Boleh tak sementara ini sayan nak duduk dengan awak sebab saya tak ada tempat tinggal.

” Saya akan dengar cakap awak Zarina, tolong saya”, tulis individu terbabit.

Zarina yang berkongsi perkara itu di IG beliau menulis di kapsyen “Anak siapa la ni ya Allah sampai nak tinggal dengan aku”

Bagaimanapun dalam keratan gambar berasingan perbualan mesej itu, Zarina mended4hkan individu tersebut sebenarnya cuma mahu mengambil kesempatan kerana menghantar ayat yang tidak sopan.

” Akak Zarina belanja Iphone 11 pon jadi lah. Boleh tak akak Zarina yang cantik”, tulis individu itu lagi.

Rata-rata warganet menulis di ruangan komen meminta Zarina tidak melayan individu terbabit kerana mahu meminta benda bukan-bukan.

Malah ada tergelak kerana menganggap itu sekadar benda lucu.

” Hahhhahahahah sabo je lah.. ada jugak mcm ni eh siap nak minta belanja iphone 11″ tulis Anep

Semalam, pelakon utama drama Girlfriend Aku Dari Neraka, Sharifah Sakinah telah pun memohon maaf kepada Zarina Anjoulie berhubung salah faham diatara mereka sebelum ini.

Sakinah mohon maaf

Walaupun posting Sharifah Sakinah yang memohon maaf kelihatan tidak bersungguh oleh sesetengah netizen, ia bukanlah pengukur kepada keikhlasannya berbaik dengan Anju.

Anju nak berbaik dengan Kinah & Fizo Omar

Sedia maklum dengan perkara tersebut, Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju telahpun memuat naik satu video dengan turut membuat permohonan maaf kepada Sharifah Sakinah dan juga seorang lagi pelakon iaitu Fizo Omar.

Menurut Anju, Sakinah sudahpun menghantar mesej kepadanya memohon maaf diatas perselisihan pendapat antara mereka sebelum ini.

Menurut Anju lagi, dia tidak malu untuk memohon maaf dengan sesiapa sahaja terutamanya Fizo Omar kerana dia telah menyebut nama pelakon itu berhubung komennya dalam satu video yang dibuat Anju.

Sam4n tetap sam4n

Namun begitu, dalam kapsyen yang disertakan dengan video tersebut, Anju tetap akan meneruskan saman kepada 3 orang individu yang didakwa memakinya sebelum ini menerusi aplikasi telegram.

Walaupun tidak menyebut siapakan gerangan mereka, namun mungkin ramai yang sudah boleh meneka susulan daripada tularnya screenshot perbualan yang menghina Anju di media sosial tempoh hari.

 

Sumber : MB

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply