“Saya tahu semua rindu nak bercuti. Sebab itu saya ajak ‘check in’..”- Nabila Huda Bagi ‘Nasihat’ Baik Punya.

“Saya nak beritahu pada rakan yang suka keluar rumah dan tanpa sebab. Tidak mengapa, jangan duduk rumah. Jadi, saya nak ajak anda pergi bercuti dengan daftar masuk di hospital. Seronokkan?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@kkmm_gov

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

“Sebab di sana nanti tentu ada virvs. Doktor svntik dengan jarum besar dan ambil d4rah. Kemudian buat pemeriksaan ujian dari hidung sampai tekak. Ya, anda teruja nak ‘check in’ hospital?

“Nak beritahu juga pada kawan-kawan yang suka langg4r perintah, tidak apa. Langg4r saja. Pergi ja, benda kecil ja,” katanya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Nabila yang juga pelakon filem M4M4 (Mama) turut memberi gambaran betapa ‘indahnya’ bercuti dalam penj4ra.

“Saya tahu semua rindu nak bercuti. Sebab itu saya ajak ‘check in’ di penj4ra. Menarik tau. Saya dengar cerita, di sana, masuk saja kena tukar baju ungu atau oren, kalau tak silap dan kena pakai selipar.

“Masuk dalam, keadaan bangunan usang, gelap. Masuk jeI pula, tidak ada tilam, bantal, TV, telefon. Menarik kan?

“Tandas pun kongsi dan cuci sendiri. Tak pernah lagi tau bercuti cuci tandas sendiri. Saya pasti ibu bapa anda akan bangga sebab pandai cuci tandas sendiri. Jadi, kepada kawan-kawan saya, jangan duduk di rumah,” katanya.

Video yang dimuat naik itu mendapat pujian dan maklum balas positif daripada peminat dan rakan artis yang menyifatkan ia nasihat yang bagus daripada Nabila.

sumber : hmetro via hits.allhmt

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply