Zarina Anjoulie Akan Saman 2 Artis Ini Dengan Jumlah RM4 Juta. Peguam Anju Jelaskan Kenapa

KONTR0VERSI antara Zarina Anjoulie Lavocah dengan dua selebriti iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rose makin berpanjangan apabila pelakon sensasi itu menuntut pampasan sebanyak RM4 juta.

Zarina membuat tuntutan itu kerana mend4kwa Amyza dan Emelda membuat kenyataan dengan niat menjatuhkan reputasinya di aplikasi Instagram dan Telegram.

Peguam yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, surut tuntutan kepada Amyza dan Emelda dihantar secara berasingan pada Rabu.

“Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen-komen berbaur fitn4h mengenai dirinya di Telegram dan Instagram.

“Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rose. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya.

“Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut keb3ncian orang awam terhadapnya,” katanya.

Tambah Nurul Hafidzah, hantaran dan komen yang ditulis oleh dua individu itu berniat 4hat dan mencemarkan reputasi anak guamnya.

“Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dan dengan sengaja membah4yakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami. Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan fitnah mengenai anak guam.

“Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami tr4uma disebabkan insid3n ini. Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya

“Banyak komen dikeluarkan oleh mereka berdua yang memalukan Zarina Anjoulie melalui penyebutan nama (name calling) dan perbuatan memalukan badan (body shaming),” katanya.

Jelas Nurul Hafidzah lagi, perbuatan Amyza dan Emelda juga dianggap sebagai kempen pembvnuhan karakter terhadap Zarina Anjoulie yang berniat jvhat.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan jika surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari,” ujarnya.

Pada penghujung Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila timbul isu perang artis dan netizen.

Ia bermula apabila penyanyi Black mencadangkan bantuan khusus daripada kerajaan untuk penggiat seni.

Kemuncaknya apabila tersebar beberapa paparan skrin perbualan selebriti dalam satu akaun Telegram milik Persatuan Seniman Malaysia yang did4kwa menghlna netizen dan pelakon Zarina Anjoulie.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply