Aaron Buat Zizi Kecewa..

PENYANYI Zizi Kirana, 33, menjelaskan kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram Story kelmarin bukanlah mengenai dia putus cinta, sebaliknya kecewa apabila bintang bola sepak pujaannya yang juga pemain Arsenal, Aaron Ramsey dilaporkan akan berpindah ke kelab Itali, Juventus.

Zizi ketika dihubungi berkata, dia terkejut apabila sebuah portal melaporkan dia putus cinta dengan kekasihnya berdasarkan kenyataan itu.

“Macam mana saya putus cinta pula sedangkan saya tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa pun? Kenalan terdekat pun terkejut kerana saya memang tak ada teman lelaki,” katanya.

Kelmarin, Zizi memuat naik kenyataan di Instagram Story iaitu ‘10 tahun aku jaga hubungan ni. Segala-galanya aku korbankan…aku rela menerima kata-kata cacian orang, aku pertahankan kau, aku setia menunggu. Menahan s*ksanya rindu kerana kita terpaksa berjauhan. Semua tu aku sanggup demi kasih sayang aku terhadap kau. Tapi…akhirnya…’

Zizi yang meminati sukan bola sepak berkata, dia meminati Arsenal semata-mata kerana Ramsey bermain dengan pasukan itu.

“Kenyataan putus cinta tu sebenarnya ‘putus’ dengan Ramsey disebabkan dia dikatakan bakal berpindah ke Juventus. Ramsey adalah satu-satunya semangat membuatkan saya menyokong Arsenal.

“Disebabkan itulah saya sangat kecewa dan kongsikan kekecewaan itu di Instagram Story. Tiba-tiba ramai pula menyangkakan saya betul-betul putus cinta sedangkan maksud saya lain,” katanya ketawa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Nak Ke Tak Nak ini juga tidak pernah berniat mahu menipu mengenai kenyataan itu.

“Saya langsung tidak berniat untuk cuba menipu sesiapa. Maafkan saya jika ada sesiapa benar-benar ingat saya memang putus cinta terutama kenalan yang terus bertanya disebabkan sangat mengambil berat,” katanya.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:  Metro

Be the first to comment

Leave a Reply