Adik Lelaki Ayana Jihye Moon Sah Peluk Islam

Adik lelaki dari selegram berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon kini sah telahpun memeluk agama Islam. Ini bermaksud Ayana akan memiliki dua orang dari ahli keluarganya yang masuk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas. Hal tersebut diungkapkan Ayana menerusi Instagram peribadinya, Isnin (11/3/2019).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

See where is my name. I’m a proud witness for my younger brother today. Alhamdulillah, Allahu Akbar? #muallaf #Islam

A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on

“Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar? #muallaf #Islam”- tulisnya di Instagram

Ayana tertarik dengan Islam sejak dari bangku sekolah lagi, ketika dia melihat ramainya pelancong pergi ke restoran bertanyakan soal makanan halal. Setelah itu, dia banyak belajar Islam dan memutuskan untuk masuk Islam.

Wanita yang memiliki nama lengkap Ayana Jihye Moon adalah satu-satunya yang beragama Islam di keluarganya. Meskipun begitu, Ayana tetap terus memeluk Islam dan mengenakan tudung. Padahal, di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam dari 50 juta penduduk.

Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Gadis Mualaf Korea, AYANA JIHYE MOON Tetap Pilih Islam Walaupun Ditentang Keluarga!

Namanya sememangnya cukup dikenali di media sosial. Mana tidaknya, pemilik akaun Instagram xolovelyayana ini mempunyai pengikut lebih 1.5 juta serta mencetus fenomena tersendiri bukan sahaja di Malaysia, malah kini sudah mula mencipta nama di Indonesia. Berbekalkan wajah cantik, berkulit putih gebu, gadis kelahiran Kotea ini mencetus fenomena tersendiri di kalangan masyarakat Asia yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh empunya nama Ayana Jihye Moon, 22 tahun.

Malah tidak dinafikan, gadis kelahiran Korea ini sememangnya memiliki kecantikan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Walaupun masih belum mahir sepenuhnya bertutur di dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Indonesia, namun Ayana tetap mencuba bertutur beberapa patah perkataan yang diketahuinya dan bersedia mendalami bahasa kebanggaan Malaysia dan Indonesia itu untuk meneruskan minat dan cita-citanya dalam bidang yang diceburinya kini.

REZEKI MENJADI MUALAF

Bercerita mengenai penghijrahannya memeluk Islam pada tahun 2012, gadis berasal dari Korea ini menyifatkan penghijrahannya memilih Islam sebagai cara hidup memberi dimensi baharu buat dirinya dalam meneruskan kesinambungan kehidupan baik di Korea mahupun di luar tanah kelahirannya.

“Saya mula tertarik dengan Islam sejak kecil lagi. Saya jatuh cinta terhadap kebudayaan Timur selepas mempelajari tentang Timur Tengah sehingga menambah keyakinan saya untuk memeluk agama Islam.Alhamdulillah, pintu hati saya terbuka untuk menerima Islam pada tahun 2012,” ujar Ayana lagi.

Keputusannya menjadi seorang muslim, tentunya mendapat tentangan dari seluruh anggota keluarga. Mana tidaknya, agama Islam sering dipandang prejudis oleh masyarakat luar dan keluarga Ayana juga tidak terkecuali mempunyai sentimen rasa yang sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

100% No makeup. I only used @wardahbeauty #PerfectBright cleansing foam & moisturizer! Selamat Maghrib semua. #BebrightBereadyBrightongirls ?

A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on

“Memang, keluarga saya pada mula memandang negatif terhadap agama Islam. Walaupun saya dan keluarga sudah berlainan pegangan agama, itu tidak bermakna saya perlu menjauhkan diri dari mereka. Hubungan kami masih sangat baik kerana mereka mencintai saya,” terangnya lagi.

Tambah wanita kelahiran 28 Disember 1995 ini lagi, keputusan untuk memilih Islam sebagai panduan hidup sememangnya mengejutkan seluruh keluarga apatah lagi apabila Ayana mengambil keputusan mengenakan hijab.

“Tidak dinafikan hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Sukar untuk saya mendapatkan pekerjaan hanya kerana saya berhijab. Jika ditawarkan pekerjaan pun, kebanyakannya bersangkut paut dengan perkara yang haram untuk dilakukan antaranya termasuklah perlu mengambil minuman beralkohol mengikut budaya masyarakat Korea.

Banyak perkara yang perlu saya ambil kira dan dugaan datang silih berganti. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk bekerja di Malaysia dan Indonesia sebagai model fesyen Muslimah. Saya bertuah kerana dipilih untuk menjadi model produk Wardah Beauty Indonesia. Saya merasa lega memilih Malaysia dan Indonesia sebagai negara untuk mencari rezeki kerana pada masa yang sama, saya dapat menjaga faktor keimanan dan mencari rezeki dari sumber yang halal,” ujar Ayana yang tidak menyangka mempunyai pengikut yang ramai di laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

last selfie in KL??

A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on

Ditanya bagaimana gaya hidup sebagai influencer banyak mempengaruhi kehidupan hariannya, Ayana berkata sebenarnya dia tidak merasa terlalu banyak perbezaan dari kehidupannya sebelum ini kerana perwatakan dirinya yang pemalu kadang-kala membuatkan dirinya lebih gemar menguntumkan senyuman kepada sesiapa sahaya yang menyapa dirinya.

“Secara peribadi, saya adalah Ayana yang pemalu walaupun ramai yang kategorikan saya sebagai Instafamous yang terkenal. Mungkin kerana saya seorang Korea beragama Muslim,dan kebetulan budaya K Pop diterima baik di seluruh dunia. Jadi tempias kegemilangan tersebut turut saya rasai. Selain itu, ramai yang ingin mengetahui kehidupan saya sebagai Muslim yang berasal dari Korea. Kisah saya sama sahaja seperti orang lain, tiada yang istimewa. Cuma saya seorang Muslimah dari Korea, itu sahaja,” ujar Ayana yang menganggap rezeki datangnya dari Allah untuk dikongsi bersama.

Walaupun sibuk dengan beberapa projek drama dan dokumentari di Indonesia, Ayana tidak pernah melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang politik memandangkan sebelum ini Ayana pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut semasa menuntut di Korea.

“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang peragaan muslimah, saya pernah mendalami pengajian dalam bidang politik. Tetapi saya akui untuk memilih kerjaya dalam bidang politik di Korea agak mustahil apatah lagi apabila saya bergelar mualaf. Tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk mendalami bidang perundangan kerana saya ingin membantu individu-individu yang mempunyai permasalahan berkaitan peraturan dan undang-undang. Doakan semoga niat murni saya itu akan terlaksana,” ujar Ayana yang tidak mempunyai masalah berulang alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur atas urusan kerja memandangkan kedua-dua ibukota itu sudah dianggap sebagai rumah keduanya.

VIDEO : Cinta Baharu Ayana Jihye Moon

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber  : TerlajakViral via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply