Alahai Kacaknya! Nah Ini 10 Artis Lelaki Berd4rah Kacukan Pastinya Buat Korang Cair, Handsome Sungguhlah

Kalau korang perasan, ternyata ramai juga selebriti di negara kita yang memiliki dar4h campuran. Lantaran itu, tidak dapat dinafikan, selalunya individu yamg memiliki dar4h kacukan ini kebanyakkannya memiliki rupa paras yang tampan dan jelita.

Untuk MH Trivia kali ini, MH akan bawakan kepada korang 10 artis lelaki di negara kita yang memiliki dar4h campuran.

Pelakon utama filem Crazy Rich Asian, Henry Golding antara artis Malaysia yang telah menempah nama di bumi Hollywood. Henry telah dilahirkan di Betong, Sarawak pada 5 Februari 1987. Ibunya,  Margaret Likan Golding merupakan wanita berketurunan iban manakala bapanya pula Clive Golding yang berasal daripada England.

2. Hans Isaac

Hans dilahirkan pada 20 Ogos 1971 di Hospital Besar Sultanah Aminah di Johor Bahru kepada ibu bapanya Carmina Isaac dan Gerald Edward Anthony Isaac. Keluarga Carmina yang berketurunan kacukan Filipina-Sepanyol, mengendalikan Orkestra Simfoni Singapura manakala bapanya yang berketurunan kacukan India-Serani, Gerald Edward Isaac, merupakan ketua pangkalan tentera laut KD Malaya di terletak di seberang Tambak Johor–Singapura.

3. Bront Palarae

Bront dilahirkan di Alor Setar, Kedah Pada 27 September 1978. Bapanya berketurunan  Melayu, Punjabi dan Pakistan manakala ibunya berketurunan Siam. Pada tahun 2005, beliau menerima biasiswa daripada kerajaan Itali untuk menghadiri kursus pendek dalam Bahasa & Budaya di Universiti Untuk Orang Asing Perugia, Itali.

4. Keith Foo

Keith Foo yang dilahirkan pada tanggal 6 Januari 1983, ialah seorang pelakon yang mencipta nama di bumi Indonesia. Berasal dari Gemas Negeri Sembilan, keluarga Keith Foo mempunyai d4rah campuran India dan Cina

5. Zul Ariffin

Pelakon filem Hantu Kak Limah, Zul Ariffin merupakan antara pelakon lelaki yang popular di Malaysia. Selain memiliki tubuh yang sasa, Zul juga memiliki wajah yang tampan dek kerana keluarganya yang mempunyai d4rah campuran Melayu dan Belanda.

6. Ashraf Sinclair

Pelakon Ashraf Sinclair yang popular menerusi filem Gol dan Gincu telah dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England. Bapanya, Mohamed Anthony John Sinclair merupakan seorang berketurunan Inggeris dan ibunya pula Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa Melayu. Ashraf merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer dan Adam Sinclair.

7. Harris Baba

Harris Baba atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba merupakan penyanyi , model dan pelakon lelaki yang berasal dari Singapura. Untuk pengetahuan, Harris dilahirkan pada 8 Disember 1991 di Singapura mempunyai d4rah kacukan Pakistan, Iran dan Cina.

8. Sam Bunkface

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Mohd Baharom amat popular menerusi kumpulan kugirannya Bunkface. Abang kepada pelakon, Siti Saleha itu telah dilahirkan di England pada 11 Disember 1987. Ibunya merupakan seorang yang berbangsa British manakala bapanya pula berasal daripda Klang, Selangor.

9. Daler Yusuf

Berd4rah kacukan Melayu dan Uzbekistan, Daler mula mencipta nama menerusi drama Encik Suami Mat Salleh Celup bersama gandingan Nelydia Senrose. Apa yang menariknya Daler mampu bertutur dalam bahasa Uzbekistan, Parsi, Rusia, Bahasa Inggeris, Turki dan Melayu.

10. Fizo Omar

Fizo lahir pada 19 Julai 1985 di Kota Bharu, Kelantan dan memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai d4rah campuran Melayu, Siam dan Arab. Ayahnya keturunan Melayu sementara ibunya keturunan Siam dan Arab.

Foto: Carian Google Via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply