Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak, Peguam Ini Sebak

Nak jadi peguam ni bukan mudah, almost setiap hari ada je kes yang perlu diuruskan.

Tu belum lagi berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai, so kenalah kuat mentally and emotionally.

Seorang solicitor, @minmdnor berkongsi pengalamannya berdepan bermacam jenis kes yang betul-betul meruntun hati bila dibaca.

Misalnya kisah kasih seorang bapa terhadap anaknya…

Satu hari, beliau melihat seorang pakcik tua sedang tercari-cari tempat duduk di dalam kamar mahkamah.

Dan nama anaknya dipanggil untuk didakwwa di bawah Akta Daddah Berbahaya. Pakcik itu lalu bangun dalam keadaan terketar-ketar.

 

Dengan wajah sedih dan takut, bapa berusia 70 tahun itu meminta agar mahkamah membenarkan anaknya dibebaskan dengan jaminan.

Beliau pun bertanya, dari mana nak dapatkan duit dalam jumlah yang agak bessar itu memandangkan pakcik itu sudah tidak bekerja.

Dan jawapan yang diterima amat menyedihkan…

 

Impian pakcik itu untuk menunaikan haji, musnah begitu saja kerana perlu menggunakan simpanan yang dikumpul bertahun-tahun untuk menjamin anaknya.

Dalam usia begitu, dan kudrat yang tinggal — bagaimana lagilah dia harus mencari sejumlah duit yang banyak untuk tujuan tersebut melainkan terpaksa ‘mengusik’ simpanannya dan memendam seketika hasrat untuk ke tanah suci.

Kemudian bila tiba masa untuk keputusan kes itu diketahui…

Rata-rata pengguna Twitter yang membaca kisah ringkas tapi mendalam itu memberikan reaksi sedih, namun memuji tindakan yang dibuat peguam itu.

Sedih mengenangkan nasib seorang ayah, yang masih sayangkan darrah dagingnya walaupun anaknya sendiri telah memilih untuk mengikut jalan yang salah.

Mungkin inilah takdir yang harus dilalui anak pakcik itu, semoga dia belajar dari kesilapan dan sedar betapa bessarnya jiwa dimiliki ayahnya.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini, dan tidak mensia-siakan peng0rbanan kedua orang tua kita.

Sumber :Kecohbetul

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply