Bercuti Di Jepun, Tapi Nampak Beg Tangan Terbaru Rizalman Ibrahim Buat Netizen Tak Keruan

Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun bersama dua anak angkatnya, Umar dan Aali.

Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman berkongsi momen percutian itu di ruangan Insta Story.

Selain berkongsi keletah anak-anak, mata netizen lebih tertumpu pada beg tangan yang dibimbitnya!

Berada di negara matahari terbit itu sejak empat hari lalu, Rizalman turut sempat menayang beg tangan terbarunya. 

#Ribae71 merupakan salah satu koleksi terbaru yang akan berada di pasaran September ini.

Baru sahaja mengeluarkan teaser, netizen nampaknya menyerang Instagram Rizalman dengan pertanyaan dan rata-ratanya tidak sabar untuk mendapatkan koleksi terbaru ini. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#bukan1tapi4 #matilahangpa

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

“Dia mai dahhh! Cukup ke tak duit I ni?” komen seorang netizen.

“Nametag cikgu Murni dah keluar, sikit sikit dia mai tunjuk. Kena start menabung ni!” ujar seorang netizen lagi. 

“Datuk, bila nak release beg ni? Tak sabar nak ni. Tengok Datuk pakai kat Jepun,” kata seorang netizen lagi. 

Kolaborasi Rizalman bersama Sometimes By Asian Designers sudah bermula sejak tahun 2017 lagi.

Antara koleksi yang menjadi kegilaan para wanita adalah RiBag, Ribag Hobo, Ribag Mini dan Ribag Clutch. 

Selain Rizalman, antara nama terkenal yang turut pernah berkolaborasi mengeluarkan beg tangan sendiri adalah Neelofa dan Hanis Zalikha.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.