“Bisnes Pasar Raya Lebih Untung, Buat Filem Tak Laku, ” – Rosyam Nor

Tidak mahu mengambil risiko yang tidak menguntungkan, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor tidak berminat untuk menerbitkan sebarang filem di bawah syarikat miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd buat masa sekarang.

Rosyam memberitahu rezeki dan tuah perniagaannya bukan dalam dunia perfileman justeru memilih untuk memberi tumpuan menghasilkan drama serta bisnes peruncitan.

“RAMAI TANYA, TAK NAK BUAT FILEM KE? SAYA MEMANG TAK ADA RANCANGAN NAK BUAT FILEM SEBAB SAYA TAK ADA LUCK BUAT FILEM, TAK LAKU… LAGIPUN BUAT FILEM KENA LEBIH FOKUS DAN AMBIL MASA LAMA.

“JADI LEBIH BAIK SAYA FOKUS HASILKAN DRAMA DAN PERNIAGAAN PERUNCITAN.

SEBAB TU MALAS NAK BUAT FILEM, KITA BUAT YANG MANA MENGUNTUNGKAN SAHAJA.

“LAKONAN SAYA MASIH TERUSKAN DAN JIKA ADA TAWARAN SESUAI SAYA PASTI TAK MENOLAK. INSYAALLAH TAK LAMA LAGI FILEM LAKONAN SAYA MOTIF DAN J REVOLUSI 2 AKAN MENEMUI PENONTON,” JELAS ROSYAM KEPADA MSTAR.

Menurut Rosyam, dia juga lebih berminat menumpukan perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang viral tahun lalu sehingga dirinya dikecam sebagai ‘barua’.

Bercakap mengenai perniagaan ST Rosyam Mart, pelakon filem KL Gangster 2 ini memberitahu pasar raya itu menerima sambutan hebat pelanggan sejak ia tular tahun lalu.

“Lepas viral dengan macam-macam tudulvhan, mengaitkan saya dengan pelbagai fittnah dan isu perkauman… saya fikirkan bisnes ini akan terganggu, tapi rupanya makin ramai orang datang” – Rosyam.

Disebabkan kecaman yang mengaitkan dengan isu perkauman itu, Rosyam malu berhadapan dengan rakan kongsi iaitu Sri Ternak Group Sdn Bhd semasa isu terbabit kerap diperkatakan peminat tahun lepas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Tehpanas/mediaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.