“Bukan Nak Pegang Tangan Dia” – Ernie Jelaskan Situasi Sebenar Aksl ‘Pegang Tangan’ Syamel

“Bukan nak pegang tangan dia tapi saya nak suruh dia nyanyi,” berikut merupakan penjelasan Ernie mengenai situasi sebenar yang berlaku antara dia dan Syamel ketika sesi karaoke sempena ulangtahun perkahwinan Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Ernie, Syamel, Siti dan Mark Adam dijemput untuk sesi karaoke spontan untuk menyanyikan lagu One Sweet Day (Mariah Carey ft Boyz II Men) di kediaman Siti sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kumpulan MSSE ke ni? Siapa anggota MSSE ni? Hehehe jangan lupa menonton nyanyian spontan kami di youtube Siti Official Video dan subscribe tau! . @markadam1079 @syamel_official @erniezakri

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dalam aksi gandingan berempat itu, masing-masing berkongsi bahagian nyanyian lagu terbabit hingga ada bahagian Ernie dilihat hampir memegang tangan Syamel.

Situasi itu mencetuskan tanda tanya ramai pihak terutama peminat pasangan Ernie dan Syamel itu tentang hubungan antara mereka berdua.

Tidak hanya mengecam malah ada yang mendoakan Ernie dan Syamel segera naik pelamin.

Paling melucukan apabila ada yang menyifatkan ‘cinta Ernie tidak disambut Syamel’ dalam potongan video yang turut dimuat naik Siti di laman media sosialnya.

Ternyata sebenarnya dalam video terbabit ketika Ernie hampir menyentuh tangan Syamel, penyanyi lelaki itu segera mengangkat tangan kirinya sebelum Ernie menepuk bahu Syamel.

Penjelasan Ernie menerusi akaun Twitternya itu menerangkan situasi sebenar biarpun masih ada yang menganggap pasangan itu punyai hubungan istimewa lebih sekadar kawan.

Ernie dan Syamel pernah merakamkan lagu duet bersama antaranya Aku Cinta dan terbaharu Takkan Terlerai.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.