Cari Rezeki Halal Demi Isteri Yang Terlantar, Netizen Doakan ‘Pak Cik Jual Ikan Masin’ Sentiasa Sihat

Sesiapa pun pasti sudah sedia maklum bahawa rezeki,  jodoh, aj4l dan pertemuan sememangnya sudah ditetapkan sejak dari Luh Mahfuz lagi oleh Sang Pencipta. Tetapi sebagai manusia, semestinya semua punyai impian untuk dikurniakan kehidupan bahagia dan rezeki berlimpah-ruah.

Dan telah tercatat bahawa setiap seorang itu jalannya berlainan, caran memperoleh rezeki itu pun tidak sama. Apa yang pasti, semua perlu berusaha, redha dan tawakal untuk mendapatkan rezeki yang berkat.

Itulah yang diyakini oleh seorang warga emas berusia 64 tahun yang berjalan ke sana ke mari menjual ikan masin. Kisah mengenainya pernah tular sebelum ini di mana dia menceritakan kisah hidupnya yang meredah perjalanan sejauh 100 kilometer menaiki bas menuju ke Melaka Sentral semata-mata untuk mencari rezeki.

Lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Jual Ikan Masin’ atau nama sebenarnya Md Zin Ahmad sebenarnya berasal dari Bukit Pasir, Muar, Johor dikatakan  akan membawa kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperolehinya dari Parit Jawa, Muar.

Sebentar tadi, nama pakcik itu mula disebut kembali apabila seorang gadis memuatnaik ciapan tentang pertemuannya dengan pakcik itu. Menurut Aina Wardina, dia berjumpa dengan pakcik itu pagi semalam ketika dia menyertai sebuah acara larian sempena kemerdekaan di Dataran Pahlawan.

Selepas selesai berlari, Wardina dan beberapa orang rakan duduk di bawah khemah depan pentas sambil menunggu majlis perasmian. Tiba-tiba muncul seorang pakcik yang berjalan ke arah mereka membawa bungkusan ikan masin untuk dijual. Pakcik itu menjual 3 bungkus ikan masin dengan harga RM10.00.

Wardina berasa sebak waktu menyaksikan pakcik itu berjalan sekitar kawasan dataran itu namun tidak dihiraukan oleh orang yang berada disekitar.

“Saya kesian jugak sebab semua tak layan pakcik tu, banyak kali dia pusing tempat yang sama. Sampai satu tahap dia macam jerit-jerit nak orang beli. Mungkin dia penat.

“Kesian jugalah sebab dia jalan kaki waktu tengah panas sampai baju dia basah habis. Hari-hari dia dekat dataran pahlawan melaka”

 

Ciapan Wardina yang mendapat lebih dari 15.5k ulang kicau itu ternyata meraih pelbagai reaksi dari warga twitter. Mereka sebak tatkala memikirkan walaupun dengan usia tersebut, pakcik itu masih tegar berusaha mencari rezeki untuk dirinya dan isteri yang terlantar sakit.

Malah ramai yang mendoakan kesihatan pakcik itu dan moga dia terus dimurahkan rezeki.

Tidak kurang, ramai yang mengaku bahawa mereka pernah bertemu dengan warga emas berkenaan.

Dari tahun 2016 masih mencari rezeki di sana

Pernah bertemu dia di Melaka Sentral

Dulu waktu jumpa, selalu berikan sedekah kepada pakcik tu

Dari tahun 2012 lagi nampak dia jual ikan kering, sampai sekarang masih meniaga semata-mata untuk cari rezeki

Rujukan

[1] Norizzah Baharudin. 2018. Keluar Pagi Balik Malam. Dicapai pada 4 Ogos 2019

Sumber: Aina Wardina  via Siakap Keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply