“Dah macam Kim Kardasian masuk Islam” – Foto Nabila Huda Jadi Che Ta Ini Jadi Perhatian

Apa sahaja melibatkan aktres Nabila Huda sememangnya menjadi perhatian netizen baik dalam kerjaya mahupun kisah hidupnya.

Pernah viral mengenai isu pergaduhan bersama ibu tirinya, anak sulung bintang rock tanah air, Amy Search itu bagaimanapun dilaporkan sudah pun berbaik semula.

Kali ini kita beralih pula ke topik lain.

Hey! Siapa tak kenal Nabila Huda? Realitinya, bagi je apa watak sekalipun memang dia akan perform habis.

Terbaharu, akaun Instagram telah diserang peminat dan rakan-rakan artis hanya kerana memuat naik gambar Che Ta. Eh kenapa Che Ta?

Haaa rupa-rupanya gambar berkenaan adalah “jelmaan” Nabila selepas disolek dan ditatarias untuk menyerupai Che Ta bagi mengendalikan sebuah rancangan TV.

Korang tengok sama tak?

Yang menarik perhatian adalah ramai rakan artis termasuk Che Ta tampil meninggalkan komen berbaur humor. Malah ada yang mengatakan wajahnya persis seperti Kim Kardasian yang memeluk Islam.

Che Ta juga dengan teruja mengakui wajah muka Abil dan style posing itu mirip dirinya. Hahaha

Selain Che Ta, artis lain yang turut meninggalkan komen adalah Nazim Othman, Catriona Ross, Mimi Lana, Siti Sarah, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram kupu_kupu /kecohbetul

Be the first to comment

Leave a Reply