Diana Danielle perjelas status bapa yang tak pernah muncul. Bukan saya tak mahu jumpa, dia yang tak nak.

PERKONGSIAN pelakon Datin Diana Danielle mengenai kisah hidupnya yang dibesarkan tanpa kasih seorang bapa mengundang simpati netizen.

Menurut Diana, 28, walaupun hanya sempat menumpang kasih dalam waktu singkat, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk bapanya itu.

“D (Diana) sekejap sangat rasa kasih sayang seorang ayah, sampai sekarang walaupun dia tahu saya wujud… dia masih cuba untuk lupakan yang dia adalah ayah saya dan darahnya mengalir dalam badan saya.

“Itulah takdir, itulah kehidupan. Walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa mendoakan untuk ayah saya kerana dia tetap ayah saya,” katanya.

 

Perkongsiaan Diana di Instagram menarik perhatian pengikut.

Isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini berkongsi luahan tersebut di Instagram pada Isnin.

Sementara itu, Diana berkata dia tidak mengetahui mengapa bapanya enggan menemuinya.

“Dia pernah ada dalam hidup saya, dia pernah menjadi bapa saya namun esoknya dia hilang. Saya terima hakikat itu sekarang… tapi kenapa?

“Tak tahu bagaimana rasa sakit itu kerana anda mengharapkan dia kembali dan bawa semua kesakitan berkenaan. Tapi tak mengapa, Alhamdulillah dengan kehidupan saya sekarang walau tanpa kehadiran dia.

“Bukan saya yang tak nak jumpa, dia yang tak nak,” jawab Diana pada salah satu komen pengikut.

Dalam pada itu, Diana tetap bersyukur dikurniakan seorang ibu, Norsiah Ramli yang bertanggungjawab dan sentiasa berada di sisinya sejak kecil hingga sekarang.

 

Diana membalas pertanyaan yang diajukan oleh peminat.

Malah, kehadiran Farid sebagai suami kepada dua cahaya mata mereka membuatkan kehidupannya lebih bermakna dan bahagia.

“Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yang korbankan segalanya untuk saya. Dialah teman, dialah pembimbing dan saya syukur ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya.

“Mereka dapat rasa gomolan seorang ayah, teguran dan kasih sayang. Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Diana berkahwin dengan  Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

Luahan Hati Diana Danielle Tentang Pengorbanan Ibunya Meruntun Jiwa

Luahan Hati Diana Danielle Tentang Pengorbanan Ibunya Meruntun Jiwa

Kehidupan seorang artis bukan semuanya indah-indah belaka. Banyak pengorbanan yang tidak dilihat orang di luar sana. Kebanyakan mereka enggan berkongsi zaman susah payah, tetapi sekali sekala kalau kita baca dengan teliti, pasti ada yang membuka sedikit kisah jerih hidup mereka.

Semangat mak kuat.

PIC: INSTAGRAM @DIANADANIELLEB

Semangat mak kuat.

“Selama 26 tahun penat Lelah dan pengorbanan mak kita tak ada siapa yang nampak. Cara dia besarkan kita sebagai ibu tunggal, di waktu ayah saya telah bulat hati untuk pergi dari hidup kami berdua, dia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah,” luah Diana Danielle di Instagram beliau.

Keluarkan dari kehidupan yang tidak stabil.

PIC: INSTAGRAM @DIANADANIELLEB

Keluarkan dari kehidupan yang tidak stabil.

Ada masa memang nampak dia patah hati, kecewa dan tak larat memikul dugaannya, tapi semangat kuat mak kita, cara dia keluarkan kami dari ketidakstabilan dan hingga dia mampu letakkan saya di sekolah antarabangsa, rumah dan kehidupan yang lebih dari selesa dengan rezeki yang mak kita cari sendiri tanpa bergantung pada sesiapa, bila saya fikir balik saya rasa kagum sangat.

Berkorban untuk kejayaan anaknya.

PIC: INSTAGRAM @DIANADANIELLEB

Berkorban untuk kejayaan anaknya.

Dia mengajar saya untuk bekerja keras, berdiri atas kaki sendiri dan dia ajar kita untuk sentiasa ingat yang kita pernah susah, susah sangat-sangat.

“Dan sekarang mak kita masih berkorban setiap hari untuk pastikan segala tentang kerjaya saya disusun rapi, kejayaan dikongsi bersama susah-susahh pun sama-sama diam-diam saja.

Keluarga Diana Danielle.

PIC: INSTAGRAM @DIANADANIELLEB

Keluarga Diana Danielle.

Yang ditunjukkan pasti yang cantik saja, yang payah tu orang tak nampak. Bekerja dengan mak sendiri memang tak senang, tapi hanya mak kita yang pandai jaga kita dengan sempurna sekali.

Itulah serba sedikit luahan hati Diana Danielle di Instagram beliau mengenai ibunya yang banyak berkorban untuk memberikan kesenangan pada anaknya.

Diana Danielle Jawab Ketiadaan Bapa Kandung Di Hari Pernikahan

ayah kandung Diana langsung tidak kelihatan dan pelakon ini hanya ditemani oleh ibunya. Bagi mendapatkan penjelasan, pihak media telah menghampiri Diana dan bertanya lebih lanjut berhubung perkara itu.

“Walaupun ayah saya tiada di majlis ini, saya tetap rasa bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang cukup tabah dan sanggup melepaskan anak dia yang sorang ini.”

“Seharusnya kita tak perlu fikirkan sangat apa yang kita tak ada. Tetapi kita patut fikir apa yang kita ada sekarang. Macam sekarang ni, keluarga saya ramai yang datang untuk memberikan sokongan dan saya rasa sangat gembira.”

Namun begitu ibu Diana enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut dan mengingatkan anaknya supaya tidak terlalu menjawab soalan yang sama.

“Sebenarnya ibu saya tak nak berkongsi semua ini secara terbuka. Sebab itu dia tak nak beri sebarang komen. Apa-apa pun kami akan menjaga ibu saya bersama-sama.”

“Ini pun saya dah rasa cukup gembira kerana dapat restu ibu untuk berkahwin awal,” ujar Diana tersenyum manis.

Dalam pada itu Diana sempat berkongsi beberapa karakter Farid yang amat disukainya.

“Saya suka Farid sebab dia seorang yang kelakar, penyabar, selalu buat saya gembira dan sentiasa beri sokongan kepada saya dari segi mental dan fizikal.”

“Selama ini kami jaga hubungan dengan baik, tak terlalu terbuka dan tidak mendedahkan hubungan kepada umum. Alhamdulillah, hari ini semuanya berjalan dengan lancar.”

Jika mengikut perancangan awal, Diana dan Farid bakal berbulan madu di Mekah dan mengerjakan umrah bersama. Akan tetapi, disebabkan visa untuk penduduk Malaysia ke Mekah adalah terhad, pasangan ini terpaksa menunda perkara tersebut.

“Kami memang merancang untuk membuat umrah di Mekah. Tapi perkara tersebut terpaksa ditangguhkan kerana bulan 12 visa akan diberikan untuk individu tertentu sahaja. Jadi, kami akan pergi ke Istanbul dulu, lepas tu baru akan melaksanakan umrah bersama. Insyallah.”

Merujuk kepada persediaan Diana untuk bergelar seorang isteri serta menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga, gadis ini lantas menjawab, “Bila Farid melamar saya untuk menjadi isteri dia, saya sebenarnya sudah bersedia untuk semua itu.”

“Bukan sekelip mata kita tahu semua perkara. Jadi, saya ingin lalui perjalanan ini di peringkat awal,” komen Diana mengenai tanggungjawab yang bakal digalas selepas ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: citemalaya

Be the first to comment

Leave a Reply