Hanya RM1,400 Honeymoon Bajet Selama 7 Hari Di Istanbul & Cappadocia, Turki

Setiap pasangan terutamanya yang baru saja mendirikan rumahtangga pastinya inginkan tempat yang boleh dijadikan sebagai memori terindah.

Biasanya lokasi honeymoon yang handak dituju tdaklah perlu tempat yang mahal-mahal. Malah, dengan pengurusan itinerari dan bajet yang betul, pati anda dapat menikmati percutian yang murah dan berbaloi.

Satu perkongsian oleh seorang wanita, Nurul H. Miszdae di laman Facebook miliknya yang telah memilih Istanbul sebagai lokasi honeymoon bersama suami tercinta dengan bajet yang sangat rendah.

Jom kita ikuti perkongsian penuh di bawah:

Total hangus untuk keseluruhan ground di Istanbul dan Cappadocia ialah RM 1,400 untuk 7 hari termasuk tiket penerbangan dari Istanbul, hotel, tiket masuk, tour, makan serta tiket menaiki Hot Air Balloon!

So nak cerita terus di Istanbul la. Kitorang landing di airport Sabiha Gocken International Airport.

Sabiha ke kota istanbul naik bas Havabus 25TL. Turun di Taksim. Di Taksim, naik furnicular pastu tukar metro & turun di Sultanahmet. Topup Istanbulkart (macam TouchnGo) 60 TL siap2. Boleh kongsi kad untuk 2 orang.

Check in di Avicenna Hotel (sangat recommended sebab cantik). Harga RM 133.80 (untuk dua orang) termasuk breakfast.

NOTA: Jalan explore Istanbul. Kami lebih prefer berjalan kaki, sebab istanbul sangatttttt cantikkkkkkkk.

So nak menikmati keindahannya. Antara tempat yang dilawati ialah:

  1. Blue Mosque FREE
  2. Hagia Sophia 40 TL
  3. Basilica Cistern 20 TL
  4. Topkapi Palace FREE (kat luar je sebab ramai mcm malas pula beratur)
  5. Grand Bazaar FREE
  6. Spice Bazaar FREE
  7. Seaside FREE (Boleh naik cruise)
  8. Gulhane Park FREE
  9. Hard Rock Cafe FREE

3 Hari di Istanbul memang sangat best! Memang tenang sungguh Istanbul. Jadi kami banyak ambil kesempatan untuk solat di Blue Mosque. Best sangat… Makan pula jangan risau sebab memang banyak kedai restoran halal.

Cuma nak makan murah or mahal. Di istanbul, pagi breakfast disediakan di hotel, jadi kami cuma perlu makan di luar utk tengahari / malam sahaja. But 3 hari di istanbul boleh tahan muak jugak la mkanan dia sebab makanan dia kering. Kalau tak kebab, nak makan nasi dia pon, lauk daging dia cm yg kat kebab tu hahahaha. Korang bawakla maggi / nasi / brahim just in case muak.

The next day, kami pon bergegas siap untuk ke Cappadocia pula. Check out hotel.

Ambil tram dari Sultanahmet ke station Kabatas (guna istanbulkart), di kabatas, tukar untuk naik furnicular dan berhenti di Taksim (guna istanbulkart), tunggu bas Havabus 25TL dan tiba di Sabiha Gocken airport. Flight ke Kayseri. (Book online siap-siap di website pegasus. Harga RM 157 seorang termasuk meals).

Jika inginkan feeling tidur dalam gua, boleh singgah di Dorm Cave by Travellers. Hanya RM252 untuk dua malam termasuk breakfast.

Di Cappadocia, ada dua airport; Kayseri dan Nevsehir. So kami mendarat di Kayseri sebab ada promo Pegasus so murah hehe.

Dari airport, shuttle bus hotel ambil kami. Dia dah pampang nama kita di Arrivals. Tapi bukan free ye haha. 25 TL per person. Tiba di Dorm Cave by Travellers. Saje nak fengfeeling tidur kt gua la kononnya. RM 253 untuk 2 malam termasuk breakfast.

Yang bestnya hotel kami ni ialah, dia boleh beri harga diskaun untuk naik hot air balloon. Hotel yang kitorang duduk tu, dia siap bagi list nak naik hot air balloon jenama apa. Paling murah €70 (tapi tak tahu ape jenama). Jenama yang biasa orang ambil seperti:

1. Universal Balloons = €80

2. Anatolia Balloons = €80

3. Discovery Balloons = €90

Kadang terkejut juga bila kawan-kawan cerita yg diorang pergi ikut travel agent, harga hot air balloon tak termasuk dalam pakej, and kalau nak tambah, kena tambah €200, like what??

Yang kitorang punya murah je, takdela sampai €200. Huhu. Selepas survey online (kat Malaysia), kitorang decided untuk ambil jenama universal balloon sebab mcm lagi famous dan lebih experienced. Hahahaha. Tapi owner hotel siap bagi discount kat kami so kami dpt harga €70 per person je.

Sebelum naik Hot Air Balloon, mereka akan bawa kita untuk makan breakfast dulu dan harga adalah termasuk pakej yang dibayar. Sangat berbaloi!

Nak naik hot air balloon ni, pagi-pagi pukul 4 dia dah kejut kita weh. And surprisingly diorang ni datang on time! So pukul 4 tu dengan mata mengantuk lagi tapi dah bersiap-siap naik shuttle bus yang disediakan. Rupanya sebab dia nak kena ambil orang lain dari hotel lain lagi.

Apa yang lebih best ialah, lepas dia dah ambil semua orang dari hotel, kitorang diturunkan di sebuah restoran. Rupanya siap dapat free breakfast (buffet). Macam wow, murah dab sangat berbaloi! Dalam pukul 6.00 kami tiba di kawasan di mana semua hot air balloon tengah dikembungkan (tak tahu kata kerja yg sesuai hahahaha)

Best sangat dapat naik hot air balloon. Boleh tahan rasa sebak juga sebab terbaru akhirnya tercapai wishlist sy. Tapi agak gayat jugakla. Cam terbayanngkan what if kita terjatuh. Okay terpengaruh dgn Final Destination sgt. Penerbangan habis dalam pukul 8.30 pg mcm tu and lepas mendarat, kita siap dapat sijil tau! Haha. Dia siap celebrate dgn wine tp since kami org Islam, so dia bg air jus delima.

Then kami join tour untuk explore Cappadocia, pun di organise oleh hotel kami. Harga 90 TL untuk seorang dan dapat pergi ke:

  1. Goreme Open Air Museum
  2. Cavusin Old Vilage
  3. Pasabag Chimney
  4. Avanos Pottry Village
  5. Devrent Valley
  6. Urugup
  7. Uchisar Castle

NOTA: Price include entrance fee, transportation, lunch and guide. Habis tour dalam pukul 3.30 pm dan kami terus join another tour pada pukul 4.30 pm dari hotel untuk tengok sunset, dan ini free je.

So kat Cappadocia, kami banyak save sebab tour dia banyak bagi free meals haha. So memang best! The next day kami banyak berjalan pusing Cappadocia untuk bergambar dan beli souvenirs je.

NOTA:

1. Memandangkan ini honeymoon, jadi hotel yang kami pilih ialah hotel yang proper la sebab kalau backpack dgn kawan of course hotel cikai dan murah kita tak kisah kan, haha.

Kami pun decide untuk pergi ke semua pusat tarikan di Istanbul dan Cappadocia, dan juga nak try hot air balloon.

Jadi mungkin la bajet tu agak mahal sbb nak bayar semua entrance fee kan. But for me, untuk trip yg proper dan siap dapat pergi ke macam-macam tempat, bajet & itinerari ni kira dah reasonable. Hehe

Tapi mcm rugi je kalau dh dtg tak pergi ke tempat-tempat tarikan dia kan.

2. Sekarang duit lira tengah murah, so boleh pergi Turki sekarang hihi.

3. Bajet yang saya berikan tu mostly untuk seorang. Harga hotel je utk dua orang.

4. Memandangkan cuti kami tidak lama, jadi kami memang nak fokus untuk explore Istanbul dan Cappadocia sahaja.

5. Bajet yang saya nyatakan diatas TIDAK termasuk flight dari Malaysia sebab haritu ade flight Air Asia ke Tehran jadi kalau All in including flight from Malaysia, kitaorang habis dalam RM 2,300 la termasuk flight, hotel, segala tiket & trip, hot air balloon, pengangkutan dan trip di Tehran sekali.

Tapi since dah takde kan, so tak perlu la cerita pasal flight dari Malaysia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : YoyNetwork

Be the first to comment

Leave a Reply