Ingin Ketepikan Kerjaya Sementara Waktu, Zizan Razak Ingin Fokus Mencari Calon Isteri

Pelawak dan pelakon Zizan Razak akui terlampau sibuk dengan kerjaya sehinggakan tidak fokus untuk mencari calon isteri.

Walau bagaimanapun, Zizan rela mengurangkan kesibukan kerjaya demi mahligai yang ingin dibina.

“Saya bukannya tidak ingin berkahwin tetapi sebelum ini sudah mencuba tetapi tidak menjadi.

‘Saya dah cuba sebaiknya tetapi kadang-kadang apabila mula mencari, rezeki kerja yang datang.

“Saya memberi tumpuan kepada kerjaya sehinggakan tidak mencari calon sampailah soalan bila nak kahwin muncul baru saya sedar.

“Lain kali saya kena letakkan kerjaya di tepi buat sementara waktu dan fokus untuk mencari calon isteri dan seterusnya berkahwin.

“Saya tahu ini semua kerja Allah. Dia tahu sama ada saya bersedia atau tidak untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan,” katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.