Inilah Selebriti Yang Sudah Ada Ramai Anak Tetapi Badan Mereka Tetap ‘Maintain Slim’

Memiliki tubuh badan yang kurus dan menawan adalah impian bagi setiap wanita yang sudah berkahwin dan memiliki anak yang ramai. Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik kan? Kalau sudah ada banyak spare tyre dan gelebeh sana sini, ada saja lah nanti tu mulut ‘makcik bawang’ duk mengata kan?

Namun, selebriti-selebriti ini telah membuktikan usia yang meningkat serta mempunyai anak yang ramai tidak menjadi penghalang untuk terus kelihatan jelita dan berbadan langsing. Berikut kami senaraikan 12 selebriti yang sudah ada anak ramai tetapi badan mereka tetap ‘maintain slim’ macam anak dara:

*Ini adalah pilihan peribadi admin Lobak Merah

1. Dian Sastrowardoyo

 

Siapa tak kenal dengan pelakon hebat di Indonesia ini? Lakonannya dalam filem Ada Apa Dengan Cinta bersama Nicholas Saputra sangat diminati peminatnya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang sedar Dian sebenarnya sudahpun bernikah dengan Maulana Inderguna Sutuwo pada tahun 2010. Sungguhpun sudah mempunyai dua orang anak, Dian masih kelihatan langsing dan gemar melakukan aktiviti sukan untuk mencergaskan badan.

2. Nia Ramadhani

Sumber: Instagram

Masih ingat akan sinetron Bawang Putih Bawang Merah? Nia memegang watak Siska yang sememangnya jahat namun masih diminati ramai kerana berwajah cantik. Walau bagaimanapun, Nia yang sudah bernikah dengan Ardiansyah Bakrie pada usia semuda 20 tahun telah mempunyai tiga orang cahaya mata yang comel.

Namun, tiada apa yang berubah terhadap penampilannya kerana Nia masih kelihatan langsing dan cantik seperti dulu. Dia dikatakan menjaga pemakanan seharian demi kekal sihat dan terus awet muda.

3. Siti Sarah

Sumber: Instagram

Penyanyi kecil molek yang bernikah dengan Shuib Sepahtu ini kembali membuat kemunculan semula dalam rancangan Gegar Vaganza tidak lama dulu selepas 16 tahun menyepikan diri. Walaupun sudah bergelar seorang ibu kepada tiga orang anak, Siti Sarah makin bertambah cantik setelah bijak mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Untung Shuib dapat isteri yang cantik macam Sarah!

4. Ziana Zain

Walaupun sudah berusia 50 tahun, anda takkan percaya apabila melihat kelincahan dan bentuk tubuh diva pop Malaysia ini yang masih slim! Menamatkan zaman solonya pada 9 Mei 1998, Ziana memiliki empat orang anak termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan. Petua kurus Ziana mudah saja. Dia mengamalkan minuman jus hijau seperti timun atau epal hijau pada awal pagi. Cubalah amalkan kalau nak tubuh meletup bak Ziana Zain!

5. Fasha Sandha

Sumber: Instagram

Ibu kepada dua cahaya mata bernama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma ini juga cantik orangnya. Mungkin dulu Fasha kelihatan sedikit berisi selepas melahirkan Jemyma, namun pelakon yang terkenal dengan drama Syurga Yang Kedua ini sudah semakin menawan bentuk tubuhnya.

Bagi Fasha, kecantikan seseorang itu datang daripada kecantikan dalaman. Jika dalaman seseorang positif dan terhindar daripada niat buruk, maka cantiklah juga luarannya. Betul juga tu kan?

Sebelum ini Fasha Sandha berkongsi berita sedih apabila dia mengalami kegvuguran pada usia kandungannya hampir enam minggu.

Fasha berharap semua peminta mendoakan agar dia dan suami kuat melalui dugaan tersebut dan akan terus berdoa serta berusaha untuk dikurniakan cahaya mata di masa hadapan.

“Kepada semua pengikut saya, terima kasih atas semua doa baik terhadap kandungan saya.

“Saya sangat bersedih ingin memberitahu yang saya mengalami keguvguran. Doakan kami supaya kuat melalui ujian ini .

“@itaidilaziz kita teruskan berdoa dan berusaha, semoga kita ada rezeki lagi di masa akan datang. Insya-Allah kita akan lebih kuat,” kata Fasha.

6. Rita Rudaini

Sumber: Blog

Meskipun sering dihimpit kontrov3ersi, ibu tunggal kepada dua anak ini tetap kelihatan menawan. Berusia 42 tahun, Rita kini sudah jarang muncul di layar perak selepas terkenal dengan filem Mami Jarum dan lebih banyak menerima tawaran lakonan drama TV. Demi mengekalkan keremajaannya, Rita mengelak makanan yang sejuk seperti timun. Baginya, pantang ini penting buat mereka yang sudah beranak sepertinya.

Antara nasihat dari Che Ta untung kekal langsing adalah makan nasi dua kali sehari dan bagi yang tak rajin melakukan senaman, boleh gantikan dengan aktiviti mengemas rumah.

PASTIKAN MAKAN 4JAM SEBELUM TIDUR

Pastikan uolls makan malam (dinner) 4 jam sebelum uolls tidoq! Kenapa? Sebab.. Ini akan beri ruang utk perut uolls hadam makanan yg uolls makan tu.. .

Kita orang Malaysia suka makan lewat2 malam.. Makan plak nasi kandaq kat mamak.. Takpon pekena nasi lemak ayam di Uptown… Perghh layan kan?

Itulah penyumbang utama kenapa Malaysia antara negara paling ramai manusia OBES.. Huhuhu..

Jadi.. Cuba elakkan makan lewat malam.. Kalau nk makan pun.. Jangan yang terlalu berat.. Sebab nanti perut kita jadi penat.. Tak sempat nak rehat dah kena “kerja” balik.. Bila tak sempat nak hadam sbb uolls masuk tido, makanan tadi akan jadi lemak dan ada potensi kolestrol berkumpul…

p/s: Semoga perkongsian ini menjadi pemb@akar semangat untuk anda yang mahu kurus seperti idola korang ni

sumber: lobakmerah.com, hijabhista, duniadanakhirat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.