[FOTO] Kenali Watak-Watak Dalam Animasi Upin & Ipin

Upin dan Ipin

Aruffin bin Abdul Salam dan Ariffin bin Abdul Salam (lakonan suara Nur Fathiah Diaz (musim 1–3), Asyiela Putri (musim 4–sekarang) ) ialah sepasang adik-beradik lelaki kembar Melayu yang tinggal bersama kakak dan opah mereka di sebuah rumah kampung yang terletak di Kampung Durian Runtuh. Mereka berdua telah kehilangan kedua-dua ibu bapa sewaktu kecil.

Sebagai panduan membezakan kembar yang berkepala botak ini, Upin ada sehelai rambut berlilit pada kepalanya dan berbaju kuning yang tertulis huruf U padanya. Manakala Ipin pula botak licin dan berbaju biru yang tertulis huruf I serta memakai kain merah pada lehernya.

Kak Ros

Jeanne Roselia Fadhullah binti Abdul Salam (Noor Ezdiani Ahmad Fauwzi [musim 1]; Ida Shaheera [musim 2]; Khairunnisa [musim 8]; Sherina Munaf [musim 10]) ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mengambil kesempatan untuk mempermainkan adik-adiknya.

Opah 

Cik Siti / Mak Uda (Hjh. Ainon Ariff) ialah nenek (lebih dipanggil sebagai Opah) kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan lebih berlemah-lembut kepada Upin dan Ipin berbanding Ros. Dia adalah bijaksana mengenai hal-hal duniawi dan keagamaan.

Tok Dalang

Senin bin Khamis, atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang (Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1-4), Haji Burhanuddin Radzi (musim 5-)) ialah ketua penghulu Kampung Durian Runtuh dan pakar wayang kulit yang berkali-kali menjuarai pertandingan wayang kulit (seperti yang dilihat pada himpunan piala di rumahnya). Seperti Opah, Tok Dalang banyak meminta pertolongan Upin, Ipin dan kawan-kawan, di samping memberi nasihat kepada mereka. Tok Dalang ada beberapa batang pokok rambutan untuk dijual buahnya, dan seekor ayam jantan peliharaan bernama Rembo. Ahli keluarga Tok Dalang yang dikenali termasuk Tajol, anak lelakinya yang menetap di bandar, dan dari Tajol ini lahirlah cucu Tok Dalang iaitu Badrol (seorang watak utama Geng Upin dan Ipin

Ehsan

Ehsan bin Azzarudin (Mohd. Syahmi Abdul Hamid (musim 1-4), Fareez (musim 5) ialah sepupu Fizi yang tinggal bersebelahan sahaja. Dia juga memegang jawatan “ketua kelas” dalam bilik darjah Upin dan Ipin di tadika, dengan mengenakan bowtie pada pakaian sekolahnya sebagai bukti. Meskipun suka menyepi, canggung dan cerewet tentang gaya, dia tetap seorang kawan setia. Fizi gemar mengejeknya dengan gelaran “Intan Payung” kerana terdengar bapa Eshan memanggilnya sebegitu dan di rumah Ehsan dihormati seperti Intan Payung.

Fizi

Muhammad Al-Hafezzy bin Ucup (Ida Rahayu Yusoff) (Musim 1-7), (Rufaidah) (Musim 7-), atau lebih mesra dikenali sebagai Fizi, adalah seorang jiran kepada Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan ibu bapanya. Kadang-kala dia kelihatan suka bercakap besar dan mengejek, terutamanya memanggil Ehsan dengan jolokan “Intan Payung” yang sering dipanggil oleh bapa Ehsan. Sesekali Fizi didapati menunjukkan sikap mengecut, tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.

Mei Mei

Xiao Mei Mei (Yap Ee Jean (musim 1-3), “Yuki” Tang Ying Sowk (musim 3-), adalah seorang yang comel, sopan, rajin, dan berfikiran matang di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dalam musim pertama Upin & Ipin, walaupun berketurunan Cina dan bukan beragama Islam, Mei Mei sering mengingatkan Upin dan Ipin agar ‘tidak membangkitkan kemurkaan Tuhan mereka’ dengan berponteng puasa. Mei Mei menyimpan perasaan suka terhadap Mail tetapi tidak menyatakannya.

Dzul

Dzul bin Faiz (Muhd Amirul Zarizan) adalah rakan sekelas Upin dan Ipin yang menjadi “penterjemah” Ijat kerana Ijat hanya pandai menggunakan bahasa Isyarat & Bahasa Bulu – Bulu.

Ijat

Muhammad Izzat bin Mahmud (Muhammad Izzat Ngathiman) hanya pandai menggunakan bahasa isyarat & bahasa bulu-bulu tetapi Ijat tidak boleh membaca dan bercakap. Akan tetapi setelah Cikgu Jasmin mengajarnya Ijat semakin pandai bercakap dan membaca.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber : wikipedia via kiakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.