Kisah Cinta Bermula Dengan Game PUBG, Lelaki Ini Tak Sangka Jumpa Gadis Istimewa Dalam ‘Clan’ Sendiri

Berkahwin dengan orang yang kita sayang dan cinta adalah satu impian untuk semua orang. Setiap pasangan yang bergelar suami isteri itu pastinya mahukan perkahwinan mereka berlanjutan hingga ke akhir hayat.

Bagai merpati dua sejoli, siapa sangka pertemuan pasangan ini melalui satu permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG ini telah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Amirul Syahmi di laman Facebooknya. Bermula dengan ajakan untuk penuhkan orang di ‘lobby’ dalam permainan tersebut akhirnya Siti Aisyah dilamar oleh pemuda yang memikat hatinya iaitu Amirul Syahmi.

Menurut Syahmi ketika dihubungi oleh Siakap Keli tentang pengenalannya bersama isteri.

Waktu tu, kumpulan kami dalam permanan PUBG ada tiga orang je dan nak cukupkan empat orang. Jadi saya pun mula scroll kawan-kawan Facebook tetiba terdetik untuk mengajak rakan FB Aisyah. Saya pun ajak dia main sekali.”

Aisyah bukan hanya rakan di Facebooknya bahkan wanita ini juga rakan sekolahnya di Batu Pahat, Johor. Walapun satu sekolah tetapi tidak pernah berhubung dan saling tidak mengenali kerana berbeza umur.

Kedua kaki isterinya lumpuh selepas terlibat dalam satu kemalangan pada dua tahun lalu. Pada masa itu mereka masih belum berkenalan.

Walaupun isterinya ada kekurangan tetapi lelaki ini tidak pernah melihat kekurangan pada isteri tercintanya bahkan daripada kekurangan tersebutlah dijadikan kekuatan dalam hubungan mereka.

Awalnya kami hanya kawan biasa sebagai kawan game, tapi lepas selalu berjumpa dan salah seorang dari kami mengajak untuk menghadiri kursus kahwin hujung tahun 2018.

Dari situ hati saya mula terbuka dan ikhlas sayangkan isteri. Lepas isteri habis belajar bulan Februari haritu, saya lamar dia untuk berkahwin.

Syahmi menyembut Hari Jadi isteri tercinta dengan menempah kek gambaran PUBG

Mereka diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan beramai-ramai yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Pahat.

Kita doakan agar pasangan ini bahagia berpanjangan.

Sumber: Syahmi Yazid via siakap keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.