“Kurang ajar punya hantu” Ser4m gara-gara pocong berdiri atas helmet abang motor memang mengejutkan

KURANG ajar, nak menumpang tak kena gaya.

Demikian komen seorang netizen berhubung video seram penampakan kelibat seakan-akan pocong atau hantu bungkus yang berdiri di atas topi keledar seorang penunggang motosikal yang tular menerusi Facebook.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik menerusi akaun facebook Abam Bell itu sehingga kini dikongsi lebih 3,600 kali dan menerima lebih 164,000 tontonan sejak 12 Isnin lalu.

“Nak tumpang naik motor. Tumpang la baik-baik. Ni berdiri atas helmet pula,” tulis individu yang memuat naik rakaman tersebut.

Video itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang juga menaiki motosikal.

Sewaktu kejadian, individu tersebut berada di belakang motosikal lelaki berkenaan dan jelas kelihatan kelibat putih itu sedang berdiri di atas topi keledar yang dipakainya.

Benda ni penah berlaku weh dekat ex aku. Member dia nampak pontianak duduk atas kepala lepas dorang balik lepak tengah malam. NETIZEN

Dalam pada itu, posting video berkenaan turut dihujani dengan ratusan komen daripada netizen.

Selain menyatakan rasa seram, ada segelintir individu yang turut mempersoalkan kesahihan video berkenaan.

Malah, ramai yang turut berjenaka dan menyifatkan pocong tersebut sebagai biadab kerana berdiri di atas kepala penunggang motosikal berkenaan.

“Mungkin budak tu jumpa helmet bekas arw4h tepi jalan tu kot. Budak tu terus ambik pakai tu yang dia mai nak tuntut balik tu.

“Bila pocong sekarang dah tak hormat manusia mana suka dia je nak landing.

Antara komen netizen.

“Eh pandai pula kau berdiri kat atas tu ya pocong. Ni mesti pocong stuntman masa dulu-dulu.

“Kurang ajar punya hantu . Boleh pulak dia naik atas helmet.

“Benda ni penah berlaku weh dekat ex aku. Member dia nampak pontianak duduk atas kepala lepas dorang balik lepak tengah malam,” tulis beberapa netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pocong guys. Tengok dan nilai sendiri. Kalau nak baca, boleh swipe up IG Story/Highlight. #mstaronline #mstarMoi

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.