Kyro Shakur Nama Anak Sulung Ammar Alfian

Pelakon Ammar Alfian tampil mendedahkan wajah bayi sulungnya yang diberi nama Kyro Shakur.

Menerusi akaun Instagramnya, bintang filem Paskal The Movie itu memuat naik fotonya hitam putih sambil mengendong bayinya.

“I pledge my life to you. My son. Kyro Shakur,” tulis Ammar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I pledge my life to you. My son. KYRO SHAKUR🤴🏿 #kyroshakur #fatherhood #bestgiftever #son #babyk

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Ammar dalam masa sama turut memuji pengorbanan isterinya, Nelissa Nezam sepanjang tempoh kehamilan hingga bersalin.

“Wanita paling kuat yang saya pernah kenali. Kamu telah melakukan bahagian kamu sehabis baik dan sekarang tiba giliran saya. Saya cintakan kamu berdua,” tambah Ammar.

Nelissa turut memuat naik fotonya menerusi entri dan Instatoriesnya pagi tadi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KYRO SHAKUR 🖤 31.07.2019 #kyroshakur

A post shared by Nelissa Nezam (@nelissanezam) on

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.

Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

Baru-baru ini Ammar menerusi media sosialnya cuba memujuk kembali Nelissa namun wanita itu kembali membongkar sikap curang Ammar ketika berada di Barcelona, Sepanyol minggu lalu.

Mereka turut menerima ucapan tahniah daripada netizen serta kata-kata positif berikutan isu yang melanda pasangan ini. Apa-apa pun min doakan yang terbaik buat mereka berdua dan baby Kyro k!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram ammaralfian/nellissanezam via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.