“Nak Lelaki Kaya & Kaki Kikis” – Luahan Kakak Intan Najuwa Mengenai Pertunangan Adik

Kakak kepada pelakon Intan Najuwa, Intan Najihaa tampil menyebelahi adiknya di ruangan komen selepas mendapat lemparan komen neg@tif daripada netizen.

Semua ini gara-gara foto pertunangan Intan, 22, bersama tunangnya seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya.

Rata-rata pengikut Intan beranggapan pertunangan ini terjadi bukan disebabkan cinta tetapi wang ringgit.

Walau bagaimanapun, menurut Najihaa majlis pertunangan itu telah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga belah pihak perempuan.

Malah, Najihaa turut berpesan kepada netizen untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap kerana melibatkan perasaan ahli keluarga yang lain.

“Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan. 

“Pelamin and all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom and team. 

“@acountryweddingplanner family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.

“Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit.

“Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all.

“And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa.

“Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga. 

“Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus.

“Doakan lah yang baik-baik untuk @intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya,” tulisnya.

Di samping itu menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon drama Tuan Danial memaafkan individu yang telah melemparkan segala t0hmahan terhadapnya.

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, pada Ahad lalu.

Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.