“Pandainya Oppa Sean Baca Doa Makan” – Gelagat Sean Lee Tarik Perhatian Netizen

Selepas foto pelakon drama online, Celup, Sean Lee yang seakan-akan mengambil wuduk menjadi bualan netizen, kini tumpuan itu beralih kepada kebolehannya membaca doa pula.

Perkongsian sepotong video pendek di akaun Instagram Sean yang merakamkan dirinya membaca doa makan dengan lancar menjadi perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, aktres Emma Maembong yang berada di samping Sean memberikan galakan kepadanya untuk membaca doa tersebut.

“@emma_maembongofficial kagum dengan #OppaSean baca doa makan! Korang ada?” tulis Sean ringkas

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@emma_maembongofficial kagum dgn #OppaSean baca doa makan! Korang ada? ?? Guys, jgn lupa tgk cerita #celup on @astrogempak mulai 8mei ? @kitaljens #LJENS #nyala

A post shared by Sean Lee Jia Ern (@seanlje) on

Walaupun di penghujung video menunjukkan bacaan doa yang ditulis dalam bahasa rumi di bahagian telapak tangan Sean, namun warga net tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dengan cara sebutan pelakon kacak itu ketika membacakan doa makan.

“Pandainya dia baca doa,” komen @weolleena_patrick

“Tak apalah, awak belajar baca doa dekat set. Nanti awak baca doa untuk kita pula. Ehh,” usik @ainunnabilah__

“Hopefully bertambah lagi sorang saudara baru. Semoga hidayah Allah is coming to you bro,” tulis @_alifazman.

Dalam perkembangan terbaru, Sean bersama Emma Maembong bakal muncul dalam drama terbaru bertajuk Celop yang bakal menemui penonton 8 Mei ini.

Drama arahan Michael Ang ini boleh ditonton di Gempak dan juga Astroraya.com.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: nstagram @seanlje via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply