“Saya sedar benda ini dah lama” – Syifa Melvin ‘buka mulut’ isu d4kwaan bekas kekasih Safawi Rasid

PELAKON Syifa Melvin enggan mengulas mengenai pendedahan pengacara TV, Anim Ezati Riski bahawa dia kini sedang bercinta dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rashid.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 25, berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum dan bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.

“Bagi saya, isu peribadi ini tidak patut diheboh-hebohkan di laman sosial sebab apa yang kita buat dan apa yang kita cakap itu melambangkan diri kita sendiri.

“Lagipun saya tak nak ada gosip apa-apa dan tidak mahu perkara itu diperkatakan melebihi karier saya. 

“Saya pun baru menapak dalam bidang lakonan dan saya nak dipandang secara profesional bukan orang mengenali saya disebabkan gosip.

“Soal peribadi itu biarlah kekal di sudut peribadi kita dan tidak perlu kita nak hebohkan. Saya minta semua orang doakan dan beri sokongan kepada kerjaya saya,” kata Syifa ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Foto Syifa dan Safawi di Zoo Negara menarik perhatian netizen.

Sebelum ini, Anim yang juga bekas kekasih Safawi membuat pendedahan bahawa penyerang pasukan JDT itu masih menghubunginya biarpun kini sedang menjalinkan hubungan dengan Syifa.

Dalam pada itu, adik kepada Syatilla Melvin ini mengakui dia mengetahui tentang hal itu namun enggan mengambil peduli dan memilih untuk berdiam diri tanpa sebarang penjelasan.

“Sebenarnya saya tak nak komen apa-apa, nak diamkan diri saja. Saya cuma nak cakap yang saya tahu dan menyedari benda ini dah lama.

“Tapi biarlah benda itu dan saya tak nak komen apa-apa mengenai hubungan saya dan Safawi,” katanya.

Syifa mahu fokus pada kerjaya seni dan bisnes.

Netizen mula menghidu hubungan Syifa dan Safawi apabila mereka berdua ada memuat naik foto berseorangan di Zoo Negara pada hari Ahad lalu di Instagram masing-masing.

Dalam pada itu, Syifa beranggapan isu peribadi tidak perlu dikongsi di laman sosial kerana apa yang dilakukan dan segala kenyataan yang dikeluarkan itu melambangkan diri sendiri.

Pelakon drama #SisCuba ini juga menegaskan dia tidak mahu kisah peribadi lebih mendapat perhatian daripada kariernya memandangkan dirinya masih baru dalam industri seni.

Sebelum ini, Safawi pernah digosipkan dengan Wany Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhanies manakala hubungannya dengan Anim yang terjalin selama tiga tahun berakhir pada Januari lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply