“Saya suka taucu sotong..” – YDP Agong memuji Raja Permaisuri Agong Cantik, Bijak, Cukup Cekap Memasak

Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar – “Cantik, intelligent, pandai memasak”.

Itu reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu, lapor AWANI.

Tuanku bertitah demikian sewaktu ditemubual Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julai ini.

Cepat memasak

“Permaisuri begitu tahu selok-belok tentang masakan dan masak sendiri, dan kalau makan dia rasa lain macam, dia tahu apa yang kurang. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula memasak.

Baru duduk beberapa minit, dah siap! 

“Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya… kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap,” titah Tuanku.

Berkongsi mengenai masakan daripada air tangan Raja Permaisuri Agong, Tuanku ada berkongsi beberapa jenis kegemarannya.

“Gulai kicap, ayam masak kicap.. masakan orang putih.. Western food, as I said just now, burger, r0asted beef, Shepherd’s pie, chicken pie… dan macam macam lagilah.

Suka masakan taucu

“Antara lauk yang suka, saya suka taucu, dulu taucu sotong, taucu ikan, dan golek ayam… Laparlah pula,” seloroh Tuanku.

Dalam pada itu, Tuanku turut berkongsi harapan baginda mengenai cucundanya, yang bakal mewarisi takhta Kesultanan Pahang Moden, dan seterusnya bakal menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya mengikut sistem Majlis Raja-Raja.

“Saya harap, saya berdoa itu cucunda saya, cucunda yang akan saya dapat ni, nanti juga, harap mereka jadi anak yang berwibawa ataupun cucu yang berwibawa, dan mempunyai sifat-sifat yang mulia, dan yang baik, dan pandai ya.

“Dan saya harap… saya sentiasa berdoa supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan negara, Insya-Allah,” titah Tuanku lagi.

WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).

Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.

Sumber & Kredit Foto : Astro AWANI via celotehsaje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply