“Sekelip Mata Perasaan Teruja Nak Beribadah Itu Hilang” – Noorkhiriah Nyaris ‘Diperguna’ Agensi Ibadah Umrah

Pelakon Noorkhiriah berkongsi kisah dirinya yang hampir diperguna sebuah agensi pelancongan tempatan yang menawarkan penajaan sepenuhnya untuk dia menunaikan ibadah umrah.

Menurut Noorkhiriah, perasaan terujanya untuk menunaikan ibadah umrah hilang sekelip mata apabila pihak penganjur yang melantik dirinya sebagai duta telah mengani4ya pihak lain.

“Pada awalnya saya seronok apabila dilantik sebagai duta untuk mempromosikan pakej umrah agensi berkenaan dalam media sosial, namun segalanya hilang apabila ada pihak mengakui diani4ya oleh pihak terbabit.

“Sekelip mata perasaan teruja nak beribadah itu hilang. Memang saya rasa sangat bersalah kerana tawaran itu dilakukan hasil bayaran penuh daripada jemaah lain.

Noorkhiriah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta untuk agensi pelancongan Maad Travels (M) Sdn. Bhd di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah pelakon drama bersiri Nur ini, pengalaman pahit itu membuatkannya mengambil keputusan untuk menarik diri.

“Akibat daripada itu saya terus bertanyakan sebenar daripada pihak tersebut dan mengambil keputusan untuk menarik diri.

“Bagi saya biarlah saya tidak dapat ke Makkah daripada saya ani4ya orang yang yang sudah membuat pembayaran,”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.