“Selamat Datang Ke Dunia, Anakku” – Tengku Puteri Iman Afzan Kongsi Momen Kelahiran Putera Pertama

Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Iman Afzan selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 23 Julai lalu.

Momen manis melahirkan putera sulung itu kemudian dikongsi kepada umum menerusi entri di Instagram Tengku Puteri Iman Afzan, hari ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik, jelas terpancar wajah kegembiran Tengku Puteri Iman Afzan bersama pasangannya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.

“Alhamdulillah untuk keajaiban kecil ini. Selamat datang ke dunia anakku.

“Kami amat sayang kamu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah for this little miracle ????? Welcome to the world my son. We are so in love with you.

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on

Entri tersebut telah menarik perhatian ramai rakyat jelata termasuklah selebriti yang mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata tersebut.

Antara yang kelihatan termasuklah pelakon Nora Danish dan Zarina Zainuddin.

Berikut antara doa dan kata-kata ucapan daripada mereka.

Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana, iaitu hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong dengan seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

?? #imanxbakar

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on

Sehingga tahun 2013, Tengku Iman Afzan dan Tengku Ilisha Ameera telah menuntut di University of Nottingham manakala Tengku Ilyana pula belajar di Down House School yang juga terletak di England.

Tengku Puteri Iman Afzan telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos 2018 dengan pasangannya, dari kerabat Pahang, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang.

Seumpama diatur dengan penuh keberkatan, pasangan yang digelar bagai pinang dibelah dua itu telah dikurniakan Ilahi cahaya mata sulung mereka iaitu seorang putera, pada Selasa lalu (23 Julai).

Ternyata, kehadiran cucunda itu begitu istimewa, kerana ia suatu kurniaan kebahagiaan buat nenda-nenda, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah, apatah lagi menjelang hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Malah, berita kehadiran cucunda itu telah dikongsikan oleh Tunku Permaisuri Agong menerusi laman Twitternya.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply