“Selamat hari lahir Arianna, Semoga sentiasa happy di samping Sufian Suhaimi” – Eboy

Sufian Suhaimi masih single? Sebelum ini di gosipkan dengan model cantik video klip lagu di matamu. Netizen juga turut happy dengan khabar angin Sufian Suhaimi makin rapat dengan model tersebut. Walaubagaimana pun, Sufian menafikan hanya kenalan biasa sahaja. Sejak dua hari lepas tular gambar sufian bersama dengan seorang gadis menyambut hari lahir bersama sama. Siapa gadis itu?

Menurut post di instagram kenalan Arianna ada ayat yang sengaja atau sekadar gurauan untuk pasaangan sama cocok sama sepadan ini. Jom baca statusnya di bawah

Selamat Pengantin baruu guyss . Ehhh !!! Sorryy2 silapp . Selamat hari lahir arianna_natasha , semoga panjang umur , murah rezeki , sihat selalu & sentiasa happy di samping sufiansuhaimi_ . Ehhhhh silapp lagi . Sorryy soryyyy , selalu typoo sekarang

Siapa Arianna ini? Arianna natasha instafamous yang popular dengan masakannya. Arianna juga mempunyai perniagaan cookies Arianna bytes.

Sufian Suhaimi turut turun padang membantu mempromosikan Arianna kitchen.

Melalui video ini Sufian Suhaimi mengaku Arianna Natasha adalah girl friend dia. Ramai lah awek2 kat luar sana kecewa lepas ni.

Biodata ringkas Arianna Natasha

Walaupun masih di bangku sekolah, empunya nama Arianna Natasha bt Abdul Zambree, 16 tahun rancak melakar karier dicintainya di usia yang masih hijau. Lebih mesra disapa Ary, anak kedua daripada tiga beradik ini juga merupakan model sambilan dan pernah terlibat dalam beberapa kempen jenama terkenal seperti Panasonic, Nivea, Sunsilk, Victoria secret dan Bath & Bodywork. Tidak bersandarkan pada wajah cantik semata-mata, Ary juga mempunyai bakat dalam bidang masakan.

Setiap kali siap memasak, saya akan memuat naik di Instagram Story untuk berkongsi dengan pengikut saya. Namun, saya tidak menyangkakan sambuutan yang diperolehi amat menggalakkan. Dari situ, tercetusnya idea untuk membuka satu lagi akuan Instagram khusus untuk berkongsi masakan saya. arianna.kitchen dapat membantu pengikut saya remaja khususnya yang minat memasak untuk mencuba resepi mudah yang saya kongsikan.

Sementara itu, baru baru ini Sufian Suhaimi digsipkan dengan Jasmine suraya.

Pelakon Jasmine Suraya Chin tidak kisah jika peminat mengaitkannya dengan penyanyi popular Sufian Suhaimi kerana dia memang selesa berkawan rapat dengan penyanyi lagu Di Matamu itu.

Jasmine, 29, berkata, dia juga ‘jatuh cinta’ dengan lagu-lagu dendangan Sufian.

“Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

“Setakat ini, tidak ada kec4man yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Spekulasi mengenai hubungan mereka tercetus apabila Sufian memberi kejutan kepada Jasmine dalam satu acara, baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya,” katanya.

Jasmine berkata, mereka juga selesa untuk berkongsi pengalaman hidup masing-masing.

“Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.

Terbaru, Jasmine muncul dengan telefilem berjudul Back to You yang akan ditayangkan di 8tv pada 31 Ogos ini.

“Ini adalah telefilem bersempena sambuutan Hari Kebangsaan ke-62. Saya membawa watak sebagai gadis Cina bernama Sofia yang menjadi anak angkat kepada keluarga Melayu.

“Dari situ timbul konflik apabila keluarga kandung Sofia mula mencari dan berjumpa dengannya. Pada masa sama, ibu angkatnya juga terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa Sofia sudah menemui keluarganya,” katanya.

Selain Jasmine, Back to You juga dibintangi Ernest Chong, Remon Lim dan Azizah Mahzan

Sumber : IG arianna natasha/ Eboyarbaain via citeohsem

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.