Selepas Hampir 5 Bulan Acap Hilang, Abang Acap Kongsi Sesuatu Dan Ini Kata2 Beliau

Biarpun hampir 150 hari peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan, 29 atau lebih mesra dipanggil Acap dilaporkan hilang, ia tidak memutuuskan semangat keluarganya untuk meneruskan usaha pencarian sehingga saat ini.

Abang Ashraf, Mohd Zahiruddin Hasan berkata, keluarganya tidak pernah berputus asa biarpun usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berwajib telah dihentikan.

“Sehingga hari ini kami masih jalankan usaha mencari walaupun skala carian kecil dan bantuan luar semakin berkurang.

“Kami belum sampai tahap berserah pada takdir, kami masih lagi nak berusaha, doa dan tawakal.

”Yang belum ditemui itu ada pertalian dengan kami, jadi kami akan terus berusaha mencari,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia yakin Ashraf masih boleh dijumpai.

“Kami memang yakin Ashraf boleh dijumpai, cuma akan ambil masa panjang kerana jika dilihat pada kawasan dilaporkan hilang hanya radius penempatan penduduk, bukan hutan tebal.

“Maka agak mustahil dia hilang tanpa jejak begini. Lambat laun akan tahu (apa berlaku pada Ashraf) tetapi perlu sedikit masa dan semoga ALLAH kabulkan doa kita,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurrung bagi kategori 25 kilometer (km) disedari hilang selepas mangs4 tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangs4 dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.

Sementara itu, kepulangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail sejak 23 Mac lalu masih dinantikan isteri tercinta.

Biarpun sudah hampir lima bulan tiada khabar berita, Hamizah Mohd Ramli, 27, yakin suaminya akan pulang tidak lama lagi.

Mohd Zahiruddin bersama rakan-rakan yang bersama dalam pencarian adiknya di kawasan dilaporkan Ashraf hilang.

Menurutnya, besar harapan dia dan anak kecilnya, Aishah Nur Zahra yang berusia setahun lebih melihat Acap menyambut Aidilfitri bersama tahun ini.

”Saya yakin masih ada peluang untuk kami beraya bersama. Cukup saya katakan walaupun lagi sesaat nak raya, ia masih lagi harapan untuk saya.

”Doakan suami saya selamat pulang. Memang saya harap dia balik dengan cepat tetapi ALLAH lebih mengetahui masa yang sesuai,” katanya

Berita tentang kehilangan Acap telah mengejutkan ramai pihak dan seluruh rakyat Malaysia. Acap dikesan tidak bersama rakan lain di garisan penamat dalam satu program larian pada 23 Mac 2019 lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: SinarHairan

Be the first to comment

Leave a Reply