Seorang Tentera Turki Menemui ‘Anak Perempuan’ Kesayangan Ketika Per4ng Korea. 60 Tahun Kemudian, Mereka Dipertemukan Semula Dalam Suasana Yang Amat Mengharukan

Sejarah Per4ng Dunia dan Per4ng Dingin yang berlaku telah menyebabkan banyak nyawa yang terkorb4n dan memecah-belahkan kehidupan keluarga bahagia yang aman dan harmoni.

Apabila seorang tentera Turki ditugaskan untuk menyertai Per4ng Korea, beliau tidak menjangka akan menemui seorang anak gadis kecil yang telah menjadi yatim piatu akibat peper4ngan yang d4hsyat.

Mereka bertemu dan menyayangi di antara satu sama lain seperti seorang bapa dan anak perempuan, sehingga tiba pada masanya, pasangan ini terpaksa berpisah kerana keadaan peper4ngan yang tidak mengizinkan. 60 tahun kemudian, pasangan bapa dan anak ini tidak menjangka mereka dikurniakan rezeki untuk dipertemukan semula dalam suasana yang amat menyentuh hati.

Cocomy

Kisah benar mengenai perhubungan bapa dan anak dari dua negara dan budaya yang berbeza ini telah diangkat sebagai sebuah filem adaptasi dari Turki yang bertajuk “Ayla : The Daughter of War” lakonan aktor Turki, Ismail Hacioglu dan pelakon cilik Korea Selatan, Kim Seol. Kisah benar yang bermula ketika Perang Korea 1950 sedang memuncak. Seorang anak gadis kecil berusia 5 tahun tiba-tiba menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya telah terkorb4n dalam satu pertempur4n dan nyawanya sendiri berada di dalam bah4ya apabila dia telah diselamatkan oleh seorang askar Turki bernama Sarjan Süleyman.

turkishdrama.com

Sarjan Süleyman Dilbirligi bersama 15,000 tentera Turki yang lain telah dikerahkan membantu tentera PBB pimpinan Amerika Syarikat dalam Perang Korea pada tahun 1950. Süleyman dipertanggungjawabkan sebagai mekanik yang membaiki kenderaan dan mesin bagi askar PBB apabila tiba-tiba unit mereka telah diser4ng oleh tentera komunis China dan Korea Utara. Unit ini telah berundur ke pangkalan tentera Amerika Syarikat dan pada malam itu, Süleyman telah menemui seorang anak gadis kecil yang sedang terperangkap di dalam medan peper4ngan dan pert3mpuran.

Cocomy

Rupa anak gadi kecil berusia 5 tahun ini amat menyed!hkan yang berada dalam ket4kutan dan kesejukan. Süleyman berasa amat simpati dan kasihan lalu dengan segera telah mendukung anak ini menaiki jip mereka dan membawanya menyusup memasuki kem. Anak yang tr4uma ini tidak mengingati namanya sendiri, lalu Süleyman telah memanggilnya dengan nama Ayla yang bermaksud ‘bulan’.

Cocomy

Dengan serta-merta perhubungan Süleyman dan Ayla menjadi rapat seperti perhubungan bapa dan anak perempuan yang sebenar. Ayla memanggil Süleyman dengan panggilan ‘Baba’ yang bermaksud ayah di dalam bahasa Turki. Süleyman mengajar Ayla untuk memahami beberapa perkataan Turki dan mereka juga berkomunikasi dalam dua bahasa berbeza tetapi terus menjadi rapat sehingga tidak dapat membayangkan sekiranya mereka terpaksa dipis4hkan pada satu hari nanti.

turkishdrama.com

Walaupun berada di dalam zon peper4ngan yang berb4haya, Ayla merasakan tempat itu amat selamat kerana dia berada di bawah perlindungan dan kasih sayang bapanya, Süleyman. Malangnya pada tahun 1953, ketika Per4ng Korea hampir di kemuncak di mana Korea Utara dan Korea Selatan akan dipisahkan, Süleyman dan angkatan tentera Turki telah diarahkan untuk pulang ke tanah air. Süleyman berasa amat berat hati untuk meninggalkan Ayla bersendirian di dalam suasana yang tidak menentu ketika itu. Beliau tahu amat sukar baginya membawa Ayla bersama untuk pulang ke Turki.

turkishdrama.com

Süleyman tidak mahu berputus asa dan telah membuat keputusan untuk menyeludup Ayla dan pulang bersamanya ke Turki. Bapa penyayang ini tidak mahu meninggalkan anaknya berada dalam keadaan menyedihkan di Korea Utara. Süleyman menyediakan satu kotak dan meletakkan Ayla di dalamnya sebelum memenuhkan dengan roti dan air di atasnya.

turkishdrama.com

Malangnya, kotak yang menyembunyikan Ayla telah dibongkar dan Ayla ditemui. Pasangan bapa dan anak perempuan ini telah dipaksa untuk berpisah dalam suasana yang amat menyayat hati. Süleyman dan Ayla berasa amat sedih kerana saat itu mungkin adalah pertemuan terakhir buat mereka. Süleyman terpaksa pulang ke Turki berseorangan tanpa Ayla tetapi telah berjanji akan mencarinya kelak. Sementara itu, Ayla telah dihantar ke Sekolah Anak Yatim Ankara sebelum diambil oleh sebuah keluarga di Korea Selatan sebagai anak angkat.

Cocomy

Pada tahun 2010, ketika Per4ng Korea menyambut ulang tahun yang ke-60, Süleyman yang sudah berusia 85 tahun masih mengingati anak perempuannya, Ayla yang sentiasa didoakan hidup dengan sihat dan bahagia di Korea.

Cocomy

Süleyman menyedari peluangnya untuk bertemu kembali dengan Ayla amat tipis tetapi harapan dan impiannya tidak pernah pudar dalam pencarian anak perempuannya ini. Sebuah stesen penyiaran di Korea Selatan, MBC telah menerbitkan satu filem dokumentari dalam menjejaki Ayla dan mempertemukannya semula dengan bapanya, Süleyman. Pencarian Ayla amat rumit berikutan Sekolah Anak Yatim Ankara yang menempatkan Ayla pernah terbakar pada tahun 1979 dan rekod Ayla juga turut musnah.

Cocomy

Namun begitu, ramai anak yatim yang pernah tinggal bersama Ayla di sekolah itu mengetahui Ayla pernah disayangi oleh seorang askar Turki sebelum mereka telah dipaksa untuk berpisah. Salah seorang bekas anak yatim di sekolah tersebut telah memberikan maklumat kepada wartawan MBC bahawa Ayla masih hidup dan tinggal di Incheon, Korea Selatan. Ayla telah menukar namanya kepada Kim Eun-ja, kemudian berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Ketika wartawan MBC menemui Eun-ja, mereka telah mengeluarkan gambar Ayla semasa kecil yang diambil bersama Süleyman. Dengan serta-merta Eun-ja mengingatinya dan dia terus menangis sambil berkata kanak-kanak di dalam gambar itu adalah dirinya, Ayla. Eun-ja berkata, “Baba selalu muncul di dalam mimpi saya. Saya juga berusaha mencarinya selama bertahun-tahun. Tidak sangka Baba juga sedang mencari saya!”

Cocomy

Kim Eun-ja berkata dia berkahwin dan melahirkan anak pada usia 24 tahun. Tetapi kemudian suaminya telah meningg4l duni4 dan dia bersendirian membesarkan anak mereka. Semasa Süleyman datang ke Korea Selatan untuk menghadiri upacara ulang tahun memperingati Per4ng Korea, stesen MBC telah mengambil peluang dan kesempatan untuk mempertemukan semula bapa dan anak perempuan ini.

Sebaik sahaja Ayla melihat bapanya, Süleyman, mereka tidak dapat menyembunyikan emosi masing-masing dan terus berpelukan serta melepaskan perasaan rindu selama 60 tahun dengan tangisan. Süleyman masih melihat anak kecil itu dan memanggilnya, “Ayla!” dan Eun-ja memeluk bapanya dengan tangisan sambil memanggil, “Baba!”

Cocomy

Pertemuan semula yang amat menyayat hati. Eun-ja menceritakan bagaimana dia mengingati Süleyman yang sentiasa menjaga kebajikannya ketika mereka berada di dalam kem perang walaupun ketika itu bapanya amat sibuk dengan tugasnya sebagai seorang tentera. Katanya sambil mengeluarkan air mata, “Baba tidak pernah lupa membawakan saya roti dan susu untuk dimakan. Tanpa Baba, saya mungkin tidak hidup dengan baik dan sihat seperti hari ini.”

Cocomy

Süleyman turut mengundang Eun-ja sekeluarga untuk melawatnya di Turki dan memperkenalkan anak perempuannya ini dengan ahli keluarga yang lain. Eun-ja membawa anak lelaki dan cucu-cucunya bertemu dengan ahli keluarga datuk mereka di Turki.

Cocomy

Süleyman berkata melihat cucu-cucu Eun-ja, beliau terkenangkan wajah comel Ayla semasa kecil.

Cocomy

Akhirnya, di penghujung hayat, Süleyman berasa amat bersyukur, gembira dan bahagia kerana impian bersama doanya untuk melihat dan bertemu Ayla telah dimakbulkan.

Cocomy

Pada tahun 2017, Süleyman yang uzr telah jatuh s4kit dan n4z4k. Sebelum mengh3mbuskan nafasnya yang terakhir, keluarga Süleyman telah menghubungi Eun-ja dan memintanya segera terbang ke Turki untuk bertemu dan melihat bapanya buat kali terakhir.

hurriyetdailynews

Sebelum meningg4l duni4, Süleyman sempat memegang tangan Ayla dan berkata dalam suaranya yang nazak, “Menjadi bapanya, saya sentiasa mendoakan Ayla hidup dengan baik.” Sambil memegang tangan Baba yang sentiasa disayangi, Ayla mengucapkan selamat tinggal.

turkishdrama.com

Kisah benar yang amat menyentuh hati ini telah menjadi tajuk filem, ‘Ayla : The Daughter of War’ dengan kerjasama syarikat produksi dari negara Turki dan Korea Selatan yang menerima pencalonan Filem Bahasa Asing Terbaik dalam Anugerah Akademi yang ke-90 pada tahun 2018. Filem lakonan pelakon cilik Korea Selatan, Kim Seol yang popular dengan watak Jin-ju dalam drama ‘Reply 1988’ telah berjaya meraih kutipan box office sebanyak RM66.2 juta di seluruh dunia.

Saat pertemuan mereka yang sungguh mengharukan:

FavoriHaber|YouTube

Lihat trailer filem ‘Ayla : The Daughter of War’ di bawah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Cocomy Via EraBaru

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.