“Siapa Pun Kau Tetap Sama Sahaja “- Fizo Omar Buka Mulut Ketika Bermalam Di Muzdalifah

Pelakon dan usahawan Fizo Omar berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah haji ketika dia bermalam di Muzdalifah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo menjelaskan bermalam di Muzdalifah merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan dan memberi kesan pada dirinya.

“Bermalam di Muzdalifah antara salah satu moment perjalanan haji yang tak dapat aku lupakan dan memberi kesan mendalam dalam kehidupan aku.

“Bak kata Ulama, suasana ini diibaratkan seakan akan Padang Mahsyar nanti. Beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita.

“Siapa pun kau tetap sama sahaja.bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Muzdalifah dengan penuh harapan keampuanan dari Allah.

“Pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dengan niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan.

“Kita sama sahaja di mata Allah hanya amalan kita shaja membezakan kita semua. Saat ini kita diuji tahap kesabaran dan pengorb4nan kita dalam menjalankan tanggungjawab kita untuk rukun Islam ke-5 ini,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bermalam di Mudzalifah antara salah satu moment perjalanan haji yg xdpt aku lupakan dan memberi kesan mendalam dalam kehidupan aku. . Bak kata Ulama, suasana ini diibaratkan seakan akan padang Masyar nanti.beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita. . Siapa pun kau tetap sama sahaja.bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Mudzalifah dgn penuh harapan keampuanan dari Allah. . Pelbagai bangsa dr seluruh pelusuk dunia berkumpul dgn niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat,darjat dan keturunan.kita sama sahaja di mata Allah.hanya amalan kita shaja membezakan kita semua. . Saat ini kita diuji tahap kesabaran dan pengorbanan kita dlm menjalankan tanggungjawab kita utk rukun Islam ke-5 ini. . Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat utk ke sini dan rasai lah apa yg aku dah lalui.kalau dah mampu,xperlu ditanggung lagi kerana ia bkn shaja menjalankan rukun,tp pada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran sang pencipta. . Semoga aku dijemput lagi dan dapat merasai pengalaman yg sgt berharga yg memberi keinsafan sehingga membuatkan aku merasa betapa kerdilnya diri ini. . Syukur Ya Allah aku diberi peluang yg sgt berharga ini.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Sementara itu, Fizo turut menyeru pada orang ramai dan mereka yang berkemampuan untuk memasang niat merasai pengalaman yang dirasai olehnya.

“Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat untuk ke sini dan rasailah apa yang aku dah lalui. Kalau dah mampu, tak perlu ditanggung lagi kerana ia bukan sahaja menjalankan rukun, tapi pada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran sang pencipta.

“Semoga aku dijemput lagi dan dapat merasai pengalaman yang sangat berharga yang memberi keinsafan sehingga membuatkan aku merasa betapa kerdilnya diri ini. Syukur Ya Allah aku diberi peluang yang sangat berharga ini,” tulisnya.

Rata-rata mengakui tidak sabar untuk merasai pengalaman bermalam di Muzdalifah dan berharap agar suatu hari nanti mereka akan dijemput untuk menunaikan ibadah haji.

Selain Fizo, beberapa selebriti Malaysia turut berkesempatan melaksanakan rukun Islam kelima pada tahun ini iaitu Neelofa, Erra Fazira, Aris Ariwatan, Wany Hasrita, Amira Othman dan Ashraf Muslim.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply