Syazwan Zulkifli Ucap Terima Kasih ‘Insan Terpilih’ Cecah 1.1 Juta Tontonan Di Youtube!

Hujung minggu lalu sebuah telefilem berjudul ‘Insan Terpilih’ telah ditayangkan di TV3 menerusi slot cerekarama pada jam 9 malam. Sehingga ke hari ini telefilem ini masih tular di sosial media.

Khabarnya telefilem ini cukup merentap jiwa penonton dengan kebaikan dan penuh pengajaran yang ada di dalamnya. Hasil lakonan hebat Syazwan Zulkifli sebagai Firdaus yang digelar kurang siuman oleh penduduk kampung.

Turut diserikan dengan lakonan Zara Zya, Fadhil Dani, Jay Iswazir dan ramai lagi. Telefilem ini mengisahkan mengenai Firdaus yang cukup baik budi pekerti dan akhlaknya biarpun tidak sempurna.

Firdaus rajin membersihkan surau dengan kudratnya serta tidak pernah menyusahkan orang kampung. Di pertengahan cerita, seorang anak muda lakonan Jay Iswazir yang agak nakal dan suka mengacau Firdaus mula insaf dan bersahabat baik dengannya.

Namun semua itu tidak kekal, di penghujung cerita Firdaus akhirnya meninggal dunia di tikar sejadah. Cukup beremosi menonton telefilem ini!

Biarpun telefilem ini ditayangkan pada hujung minggu lalu, namun orang ramai masih dapat menontonnya secara dalam talian di YouTube TV3.

Lebih menarik melalui perkongsian Syazwan Zulkifli hari ini di Instagramnya, sebanyak 1.1 juta tontonan telah diraih selepas 4 hari ditayangkan di YouTube dan secara tidak langsung ‘Insan Terpilih’ menjadi trending!

Malah Syazwan turut mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menonton dan menyokong telefilem ini serta memberikan kata-kata balas positif mengenainya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

?️Assalammualaikum.Terima kasih kepada semua 1.1mil viewer yg menonton #insanterpilih di channel @youtube @tv3malaysia dan menjadikan naskah ini top 5 trending di youtube selepas 4 hari ditayangkan.Ini adalah diluar jangkaan untuk saya sebagai pelakon dalam naskah ini.Terima kasih atas sokongan anda terhadap naskah ini.Sehingga hari ini saya masih lagi menerima feedback2 positif dari penonton yg menonton naskah ini.Saya percaya penonton hari sudah bijak untuk menilai naskah naskah yang disajikan untuk mereka setiap hari.Harapan saya adalah,akan banyak lagi naskah2 seumpama ini dapat dihasilkan untuk hidangan anda sebgai penonton.Tahniah dan terima kasih untuk pihak @tv3malaysia ,pihak produksi @aniqcommunication_official ,semua tenaga kerja,semua rakan lakon dan juga anda sebagai penonton kerana sama2 membuatkan naskah ini trending seperti ini.yang baik datang dari Allah.Syukur Alhamdulillah.

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Tahniah kepada TV3 kerana menyiarkan naskah hebat seperti ini. Malah ia juga membuktikan rakyat Malaysia ‘dahagakan’ drama atau telefilem berkualiti seperti ini. Di ruangan komen ramai juga yang meminta supaya selepas ini ada banyak lagi kisah seperti ini ditayangkan.

Sumber: Syazwan Zulkifly via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

 

Be the first to comment

Leave a Reply