Tahniah… Nina Iskandar Kini Isteri Penolong Pengarah

Pelakon Nina Iskandar telah selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu.

Menurut laporan mStar Online, pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang sederhana.

“Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini,” kata pihak pengurusan MIG Metrowealth.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Nina turut memuat naik sekeping foto sejurus usai majlis resepsinya.

Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan Shakilla Khoriri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congratulations @ninaiskandar for the wedding.Semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah aminn ❤❤ #ninaiskandar #gempakartis

A post shared by GempakArtisMalaysia (@gempakartis) on

Pada 12 Mac lalu, pelakon drama rantaian Andainya Takdir itu didakwa menjadi punca pencer4ian seorang penolong pengarah dan menegaskan dakwaan itu sebagai fitn4h.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas itu.

Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply