Tujuh tahun semai bakti, wartawan ini luah perasaan sedih syarikat akhbar Kosmo bakal ditutup

Sejak semalam, pengumuman mengenai ura-ura akhbar tertua di Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! akan diberhentikan pengeluarannya pada Rabu ini telah mengejutkan ramai pihak. 3 bulan tiada gaji. Hal ini berikutan masalah kewangan yang meruncing apabila hampir 3 bulan staf-staf yang berkhimat di syarikat akhbar tersebut tidak dibayar gaji. Sudah pasti para pekerja yang berkhidmat di Utusan Malaysia dan Kosmo! begitu terkesan dengan hal tersebut memandangkan terpaksa diberhentikan kerana penutupan syarikat itu.

Menerusi satu coretan di Twitter salah seorang wartawan akhbar Kosmo! yang dikenali sebagai Izwan Mohd. Isa, dia telah menceritakan serba sedikit mengenai kenangan dan proses pembelajarannya sepanjang tujuh tahun berada di syarikat itu.

Namun begitu, Izwan telah menegaskan bahawa dia langsung tidak menyesal apabila berpeluang bekerja di syarikat akhbar itu. Mengucapkan terima kasih. Dia turut mengakui bahawa rezeki Allah itu pasti ada dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang terus menyokongnya.

Sehubungan dengan itu, Twitter milik wartawan Kosmo! ini telah menerima kata-kata semangat daripada warganet yang memintanya agar terus berusaha dan mendoakan agar Izwan terus mendapat kejayaan diluar sana

Sumber : Izwan Mohd. Isa

Artikel lain: Beri biasiswa khas kepada wartawan

KEMENTERIAN Pendidikan akan menyediakan biasiswa khas untuk wartawan yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA). Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ia adalah hadiah daripada kementerian itu bagi menghargai sumbangan dan peranan wartawan, terutama dalam membentuk Malaysia Baharu.

“Perincian mengenai biasiswa ini akan disiarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2019: Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2018 di Kuala Lumpur, hari ini. Maszlee berkata, selain itu, dalam pertemuan beliau dengan agensi berita Al-Jazeera baru-baru ini, mereka juga menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

“Al-Jazeera bersetuju untuk menawarkan khidmat latihan dan bimbingan khusus kepada mereka yang ingin mengasah bakat kewartawanan menerusi latihan industri dan seumpamanya,” katanya. Beliau berkata, tidak dinafikan media, sama ada cetak atau media sosial adalah sumber penting maklumat bagi membolehkan rakyat negara ini menjadi masyarakat bermaklumat.

Beliau berpendapat kewujudan masyarakat bermaklumat dan kehadiran institusi media bebas dan bertanggungjawab adalah penanda aras terhadap tahap kematangan demokrasi, termasuk di negara ini.“Media bukan sekadar berfungsi untuk mendidik dan menghiburkan khalayak, tetapi boleh memainkan peranan sebagai jagawan estet keempat bagi mengimbangi serta menyemak peranan tiga kuasa negara lain iaitu legislatif, eksekutif, dan judisiari.

“Malah, bagi saya peranan jagawan ini sebenarnya penting untuk menyuburkan demokrasi yang menjadi amalan di negara ini dan menghalang salah laku dalam urus tadbir negara,” katanya. Maszlee berkata, menyedari peranan penting media itu, kerajaan komited untuk mengukuhkan lagi kebebasan media di negara ini.

“Kita akan menyemak semula kerangka undang-undang yang dianggap mengongkong dan mengekang kebebasan media.“Malah, saya tidak terkejut kalau kerajaan akan melakukan apa saja yang terdaya untuk membolehkan pelbagai pihak, termasuk wartawan dan blogger serta pengamal media sosial lain, mendapat maklumat tertentu untuk membantu mereka melakukan penyiasatan dengan lebih baik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kementerian yang bertanggungjawab mengawal selia media di negara ini juga sedang dalam proses untuk menjayakan penubuhan Majlis Media Malaysia. Menurutnya, majlis itu akan bertindak sebagai badan kawal selia kendiri yang sudah lama wujud di negara maju.

Katanya, apabila ditubuhkan kelak, entiti itu antara lain akan membolehkan wartawan dan pemilik media mengawal selia sendiri kebebasan yang mereka dambakan untuk memainkan peranan sebagai jagawan. “Sudah tiba masanya untuk pengamal media di negara ini secara

bersungguh-sungguh menegakkan laporan yang berpaksikan prinsip utama kewartawanan iaitu objektiviti, tepat, benar dan seimbang,” katanya. Pada majlis itu, Maszlee turut menyampaikan anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada Tan Sri Johan Jaafar.

Sumber: HarianMetro via apampink

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.