[VIDEO] Reaksi Amyra Rosli Bila Lihat Amar Baharin Jadi Pemandu Grab Food

 

Kisah yang melucukan tetapi manis ini dikongsikan oleh pelakon Amar Baharindi youtube sehingga ia menjadi tular.

Dalam video tersebut, Amar telah merancang untuk menghantar makanan kepada isterinya Amyra Rosli yang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Nur 2.

Namun apa yang menarik, Amar telah memilih untuk menunggang motosikal sendiri dengan menyamar sebagai pemandu Grab Food.

Isterinya, Amyra Rosli sendiri tidak menyangka suaminya mendapat idea sebegitu untuk mengenakannya di hadapan krew-krew penggambaran.

VIDEO:

Ramai yang memuji sikap romantik Amar dan Amyra malah sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 6 minit 22 saat  ini mendapat jumlah tontonan sehingga 14 ribu dalam masa dua hari.

Ramai Tak Tahu Ada Kisah Di Sebalik Drama Nur.. Ini Pendedahan Amyra Rosli

Awalnya enggan mengambil tawaran berlakon drama bersiri popular Nur, siapa sangka aktres Amyra Rosli hampir melepaskan peluang membintangi karya yang ditayangkan sepanjang Ramadan itu.

Amyra berkata, dia yang ditawarkan peranan watak Nur, menganggap belum bersedia kerana baharu sahaja menimang anak sulung, Aqeef Anaqi.

“Sudah setahun lebih saya tidak berlakon kerana hamil dan melahirkan anak jadi apabila mendapat tawaran itu saya sebenarnya belum bersedia.

“Bukan apa Aqeef ketika itu baru sahaja berusia lima bulan jadi saya ingin beri tumpuan kepada anak terlebih dahulu.

“Tetapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana bersetuju menerima tawaran itu dan ia mendapat sambutan sangat baik daripada penonton,” katanya kepada Mstar.

Katanya, secara peribadi beliau mengagumi sinopsis dan jalan cerita yang disajikan kerana ketika membacanya sahaja, dirinya ingin mengetahui dengan lebih mendalam.

 

“Sejak bersalin banyak tawaran berlakon tetapi semuanya saya tolak tetapi Nur ada tarikan dan aura yang membuatkan saya bersetuju.

“Tambahan pula selepas saya baca sinopsis yang diberikan oleh pengarah dan saya jadi ingin lebih tahu tentang jalan cerita seterusnya,” katanya.

Faktor lain, drama siaran slot Samarinda di TV3 itu menyandarkan nama-nama yang dihormati Amyra bakat lakonan mereka.

“Siapa yang tidak mahu berlakon disamping Norkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Azhan Rani dan Syafiq Kyle?

“Melihat kepada barisan pelakonnya sahaja sudah membuatkan saya cukup teruja dan enggan melepaskan peluang keemasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, isteri aktor Amar Baharin ini enggan meletakkan harapan tinggi untuk meraih sebarang kemenangan bagi trofi pelakon terbaik biarpun menyedari harapan tinggi para peminat.

Melunaskan tanggungjawab hingga watak itu memberi impak kepada netizen sudah dikira pencapaian membanggakan buatnya.

“Sejujurnya saya harus beri penghargaan kepada pengarah, Shahrulezad kerana dia banyak membantu bagi membolehkan saya menyerlahkan lagi watak sebagai Nur.

“Sebelum ini saya banyak pegang watak anak orang kaya tetapi dalam Nur dia berjaya mengubah saya seratus peratus sehinggakan peranan saya itu secalit bedak pun saya tidak pakai.

“Jika tidak kerana dia, saya sendiri pun mungkin tidak berani untuk melakukannya tetapi dia nampak keupayaan saya dalam menzahirkan watak Nur,” katanya.

Nur melakar fenomena tersendiri dengan 11 juta tontonan keseluruhannya menerusi 19 episod yang ditayangkan, selain 500,000 tontonan secara atas talian.

Sumber:iluminasi / menujukebenaran.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.